Hubby KeSAYANGANku

Salam Sayang,

Dah lama tak berjaga sampai ke pagi. Hari nie tak berapa sihat,selsema sket..skrg ni pun susah nak nafas. Tapi takperla nak menulis sedikit untuk hubby tersayang itupun seandainya dia terbaca suatu hari nanti.

Bercakap soal cinta dan kasih sayang memang cinta dan kasih sayang aku ikhlas milik hubbyku seorg. Aku tak pernah mengharapkan dia membalas cintaku seperti mana aku mencintai dirinya. Berkahwin dengannya mmg telah membuatkan aku bahagia. Orang kata cinta itu ada pasang surutnya tp bg aku cinta aku pd hubby mmg tetap seperti dulu sampai aku menutup mata.Itu janji aku.

Kini usia perkahwinan kami hampir mencecah 7 tahun tapi aku terasa baru semalam kami kawin. Sayang aku pada hubby memang telus dari hati aku tak kira macamana pun layanannya pada aku hari ini, esok atau lusa. Buat la ape pun dan seandainya org bertanya pada aku ‘siapa org yg paling aku sayang…dan pastinya jawapan aku hubby aku dan anak aku.’

Buat Hubbyku Sayang,
Kadang2 aku degil…kadang2 aku marah..kadang2 aku terlepas ckp…kadang2 aku buat tak tahu..kadang2 aku tak ambil peduli…
Tapi dalam hati aku aku tetap ade rasa hormat pada dirimu dan ape aku buat tu semua semata2 ingin menarik perhatian darimu sebab kebiasaannya dirimu terlalu sibuk dgn kerja dan selalu menganggap aku tak wujud disampingmu. Aku cuma ingin dimanja sedikit seperti isteri2 org lain. Aku cuma ingin perhatian dan sedikit pujian dr apa yg aku buat seharian.

Buat Hubbyku Sayang,
Selagi ada nyawaku aku akn buat dirimu bahagia walaupun terpaksa mengorbankan kebahagiaanku. Sekurang2 nya bila aku telah tiada kau kenang aku sebagai kecintaanmu…itu saja harapanku.

Advertisements

~ by meyra79 on June 4, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: