Pertengahan Ramadhan

Salam Ramadhan,

Dah lama tidak mencoret di blog personal aku nie. Diam x diam dah setengah ramadhan. Happy jugak dapat melalui ramadhan ni dgn cara paling berserderhana. Berbuka dengan menu yang sihat stp ari tidak seperti dulu pantang nampak terus beli. Nampaknya teknik mengawal nafsu makan tu semakin baik di bulan mulia nie.

Semalam cuti ari minggu, haziq nak makan jelly katanya. Berfikir2 kalau buat agar2 pandan santan nie layan gak. Tengok2 santan plak takde stock kat umah. Terpaksala gagahkan diri pergi membeli di kedai runcit. Hari ujan plak tu..pegi ngan haziq bawak payung ben10…kecik sangat kongsi berdua..hehheee…romantik gitu.

Tengah jalan ujan ke main la lebatnya…berteduh la jap kat tempat rehat sebelah taman permainan kanak-kanak ngan haziq. Haziq ape lagik ambil kesempatan main air ujan la. Ade 3 org budak muda tido kat bawah pondok tuh…best tu tido time ujan2 camni.

Bila ujan dah reda, sambung jalan gi kedai. Abis la RM15 ari tu. Beli milo teringin nak minum, kelapa parut, agar2 tambah sket,telur. Haziq nak mkn KFC plak. Gi la beli kejap…dinner set ngan mainan kat KFC tu wajib la.

Balik umah dah kul 6, tak singgah pon pasar ramadhan malas dlm ujan renyai2 camtu. Kat simpang tu ade org bg bubur kacang hijau. Alhamdulillah rezeki jgn ditolak. Dri pergerakan wanita pas bubur kacang hijau tu. Sejak dpt pakatan nie bnyk gak perubahan yg derang buat..menarik.

Tawakal je buat agar2 pandan nie. Buat cepat2 ngan haziq..nanti lambat lak keras…cuak je memula tuh. Tapi akhirnya menjadi gak. Santan tu naik atas agar2 dengan cantiknya. Harap jgn la tawar sebab bulan poser nie tak leh nk rasa.

Pas buat agar2 tu goreng nasi….plan berbuka ngan nasi goreng n ayam KFC, desert nya agar2 santan perisa pandan…ok kan? simple and menarik rasanya.

Time berbuka tak sabar nak rasa agar2 pandan tu….teng..teng…perghhhh sedap siot…haziq pon cakap benda yg sama. Satu kelebihan memasak untuk anak yang paling menggembirakan adalah anak tak kan cakap masakan ibunya tak sedap. Masak la ape saje pasti sedap je…heheheee…haziq bukan main makan agar2 tu mlm tadi…hehehee..tak sia2 berhujan membeli santan ptg tu.

Haziq makan ayam KFC je berbuka, tak nak makan nasi katanya…siap 2 ketul tuh. Hari ini ade lagik agar2 tu dlm peti ais kat umah…sambung makan utk berbuka hari ni.

Tadi ke giant beli barang2 nak buat bihun sup ngan goreng keledek jer…chow dulu dah kul 2 nie. Nak sambung keje.

Nanti mencoret lagik utk coretan di hari lebaran.

Wasalam.

Advertisements

~ by meyra79 on August 15, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: