Anakku masuk jawi…

Salam,

Walaupun bari sebentar tadi aku menulis entry yg agak emosi tp sekarang di entry ini aku akan menukar mood kepada mood happy suka dan gembira.

Mengapa? Coretan ini hanya untuk menggambarkan perasaan hatiku tatkala satu2nya permata hatiku akan masuk jawi dengan kata lainnya berkhatan. Diusia yg muda baru 6thn haziq beria2 utk dikhatankan. Tiada paksaaan dari sesiapa mungkin pengaruh siri tv upin dan ipin agaknya.

Majlis akan dilangsungkan pada hujung minggu ini 4/12/11 di bukit bendera pahang(rumah datuk sebelah ayahnya). Aku yg membuat keputusan utk dikhatankan disana sebagai penghormatan kepada kedua atuk dan nenek haziq yg selama ini terlalu baik kpdku.

3/12/11 di sebelah malamnya akan diadakan majlis doa selamat ukt haziq dan rumah baru mereka. Dan esoknya baru haziq akan dikhatankan. Tok mudimnya adalah adik iparku sendiri.

Aku bercadang utk buat pulut kuning dan rendang ayam serta bunga telur utk disedekahkan kepada jiran2 sebelah rumah. Memberitahu mereka yg anakku telah selamat disunat.

Hakikatnya haziq tidak pernah tahu apa itu khatan….segala bagi dia hanya mudah semudah apa yg ditonton di siri upin dan ipin. Sedangkan aku sebagai ibu tak betah berfikir dan risau sepanjang masa.

Apapun semua lelaki melalui saat ini dan aku berdoa agar segalanya menjadi mudah dan selamat. Kupanjangkan doa ini agar anakku menjadi seorg anak yg soleh di kemudian hari nanti.

Anakku sayang, ketahuilah yang mama akan sentiasa mendoakan yg baik2 utk anak mama yang sorg ini. Andainya mama tiada beritahu papa yang hadiah terindah dalam hidup mama dari papa adalah haziq danial.

Semoga segala diredhai dan diberkati. Amin.

Advertisements

~ by meyra79 on December 2, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: