Disaat aku mencintaimu…

Mengapa kau pergi
Disaat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yg menghiasai hariku
Disaat aku terbangun dri tidurku……

My Dear,
Kau tahu betapa aku mencintai dirimu, tapi bagimu cukup mudah melupakan aku seumur hidupmu. Aku bangga dengan cinta matiku ini. Aku tahu betapa tidak setianya dirimu padaku tp aku tidak berhak menghukum.

My Dear,
Sungguh aku terlalu bodoh untuk setia. Aku terlalu dungu untuk jujur padamu. Itu semua masih ku lakukan hingga ke hari ini.

My Dear,
Suatu hari andai aku tidak wujud lagi dibumi tuhan aku mahu kau tahu cintamu utuh dihatiku sampai bila2. Andai apa yg aku lakukan sgt2 menyakiti hatimu aku mohon ampun dan maaf.

My Dear,
Aku tahu kau tidak pernah setia, aku tahu kau tidak pernah menghargai aku dalam hidup mu, aku juga tahu kau khianati cinta kita dan aku juga tahu kau hancurkan mahligai kita tapi kau sebenarnya tidak pernah menghancurkan cinta aku pada dirimu.

My Dear,
Aku sangat mencintai dirimu. Aku terlalu ingin merayu padamu utk terima aku kembali. Aku terlalu ingin kau berubah menjadi insan terbaik untukku. Aku terlalu ingin menjadi isterimu kembali sebelum aku mati. Ketahuilah seandainya kau mengetahui dan kau berfikir sedalam nya kau akan tahu cinta aku memang utk dirimu dan tugu cintaku sehebat Taj Mahal.Tapi kau tak sedar semua itu. Aku tidak mengharapkan kau sedar hari ini, esok, lusa atau bila2 tapi seandainya kau tersedar cari aku dan jika aku telah tiada kenang aku dalam doamu.

My Dear,
Sekejap bahagia ku bersamamu di dunia ini akan aku kenang sehingga aku tiada. Seandai si kecil bertanya katakan padanya kau memang mencintai aku sampai mati dan kesilapan kau membuang aku adalah kerana ketidak sengajaan dirimu. Aku mahu si kecil tahu cinta mama dan papa nya tidak pernah terpadam walaupun kita sudah saling menjauhi.

My Dear,
Menjauhi…memang kau jauh dariku sekarang. Kau tidak lagi peduli hal kami. Kau tidak lagi mengambil tahu sakit pening kami. Mungkin kau bahagia. Seandainya itu kebahgiaan yg kau cari aku doakan dirimu dari jauh.

My Dear…..Kau benci padaku…kau dendam padaku…kau marah padaku…kau curang denganku….tp percayala aku sedikit pun tidak pernah ingin membuang kau jauh dari hidupku. Ambilah kegembiraan aku seandainya kau memerlukan dan lemparkan kesusahan dirimu padaku andai itu boleh membuat kau tersenyum.

Percayalah aku tidak pernah meletakkan harga pada sebuah cinta agungku tapi kau menilai cintaku dengan upah bulananku. Betul aku tidak mampu menyenangkanmu malah meyusahkan hidupmu dan kau tidak rela untuk itu. Maafkan aku. Andainya rezeki itu aku yg tentukan…pastinya akan ku isikan tilam tidurmu dengan not kertas dan bantalmu dengan syiling agar tidurmu sentiasa tersenyum….

Advertisements

~ by meyra79 on December 23, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: