Haziq Sakit..

Salam…

Semalam Haziq admitted, keadaan dia lembik lesu pucat. Muntahnya terberhenti2 sejak pagi bgn dri tido kesian sgt tgk dia. Dahla kurus kering bila muntah tu teruk sgt, sampai bengkok2 badan menahan.

Terus bawak Haziq gi keje sekali. Masa jalan kaki tu keadaan dia tak bermaya sgt. Dia asyik cakap mama penat jln kaki, aku peluk dia…..sabarla Haziq. Sepanjang jalan dri rumah ke tempat keje aku(hospital) beberapa kali berhenti dan muntah tepi jalan. Makcik jiran2 tengok je la….biasala org KL kan..

Susah payah…kami sampai jugak. Sampai opis terus ke emergency. Haziq dah terbaring kt tempat menunggu. Nurse panggil masuk, Haziq baring kt dalam. Haziq muntah lagik semasa rawatan.

Doktor terus start ubat muntah ngan ubat angin. Tak sampai 15min pun mkn ubat tu Haziq muntah kuarkan ubat tu semula. Doktor terus start drip and admit kan Haziq sebab mata Haziq dah cengkung sgt n jari2 sume dah pucat.

Pertama kali aku tunggu anak aku sorg2 tanpa bantuan dri sesape pun. Terpaksa lari2 gie beli makanan masa Haziq tido. Tapi semalam dia bnyk tido sebab dia muntah and badan dia rasa penat. Petang tu rasa lapar sgt minta tolong budak nurse tengokkan Haziq sementara aku beli makanan. Nak pegi cari minyak yu yi cap limau untuk Haziq ngan anggur sket. Haziq suke mkn anggur.

Pegi Giant sekejap ngan beli nasi goreng kat Hamid…jadila asalkan makan. Balik dari tu tgk2 Haziq dah nangis….cari mama katanya…kesian dia. Sabar yer Haziq ini je pilihan yang mama ade. Mama harap sangat Haziq jadi manusia yg kuat dan tahu erti kesusahan. Sebab pada mama bila kita tahu erti susah kita tahu menilai org2 disekeliling kita dan kita jugak belah jadi manusia yg tabah dalam menempuh segala dugaan hidup yg mencabar nie. Kita jugak dalam  hidup tak boleh pentingkan diri sendiri.

Haziq mama jugak kadang2 rasa tak kuat utk melalui sume nie tapi adanya Haziq disisi mama buat mama tabah dalam mengharungi segalanya. Apapun Haziq dengan kedatangan hari ini bermakna sudah separuh perjalanan mama berjaya.

Haziq kalau Haziq tertanya2 kenapa mama tak beritahu papa….sebab mama fikir kalau papa datang pun papa tidak akan membantu apa2. Dari dulu dia tidak pernah sanggup bermalam di hospital untuk jaga Haziq kalau Haziq sakit. Sekadar datang melawat seperti melawat seorg anak jiran yg sakit tidak bermakna apa2 untuk kita Haziq. Lagi pun tak elok rasanya kita menyusahkan org dengan masalah kita saat2 org tgh dilambung bahagia. Susah senang hanya Haziq dan mama.

Pagi ini bila Haziq bangun dngan muka yg ceria…tiada lagi pucat tiada lagi mata yg cengkung buat mama bahagia. Hilang penat mama terkejar ke sana ke mari semalam. Mama tahu Haziq ini mungkin dugaan yg hanya sebesar zarah tuhan uji kita dan ade ujian yg lebih hebat utk kita berdua di hari muka. Kita akan melaluinya bersama2 yer.

Dan di entry ini juga mama nak abadikan satu kenangan yg terindah dalam hidup mama….Dengan tiba2 anak mama nie cium mama tanpa dipinta dan mama rasa itu ikhlas jauh dari lubuk hati anak mama kan….serius mama rasa bahagia Haziq. Mama yakin cinta dan kasih sayang kita semakin bertambah dengan ujian adanya ujian tuhan ni.Amin.

Setakat ini entry buat kali ini….salam sayang utk anak mama…Muhammad Haziq Danial

 

Advertisements

~ by meyra79 on January 8, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: