Penatnya hari ini…

Salam…

Berjuang utk insan yg aku cintai….siapa lagi klau bukan satu2nya permata hatiku. Kerelaan aku utk menyiapkan dia ke sekolah pagi dan petang sebenarnya tiada paksaan dari sesiapa dan juga kerana aku rasa bahagia berbuat begitu. Aku sanggup mengorbankan ‘lunch hour ku’ semata2 kerana si kecil

Tenghari hati ini melonjak2 utk bertemu si kecil pulang dari sekolah. Pasti banyak cerita menarik akan diceritakan padaku. Seronok jugak sekali sekala pulang berjalan kaki dengannya sambil mkn aiskrim. Dia bercerita perihal sekolahnya padaku.

Sesampainya di rumah pukul 1.15 gembira hatiku sebab sampai awal. Tetiba baru aku teringat aku tertinggal kunci rumah di opis..huuhhuuu….adesssss…aku terus suruh si kecil tunggu di bawah pokok mangga depan umah sementara aku pulang ke opis semula ambil kunci. Kesian dia. Sepanjang perjalanan aku berlari…takut si kecil tak sempat makan nanti. Peluh tak payah cerita la…sampai aku rasa badanku berbau masam dek kerana peluh yang mengalir. Basah belakang baju kurung ku.

Percaya atau tdak aku cuma ambil 10min utk pergi balik ke opis dengan berlari…hari2 sebegini alamak kurus la aku. Kaki betis rasa kejang..lenguh..sakit. Dari jauh aku nampak si kecil sabar menunggu di bawah pokok mangga sambil mkn cekodok pisang yg aku bekalkan.

Sesampai di rumah terus minta si kecil mandi utk bersiap2 ke sekolah agama. Selepas mandi aku suapkan dia mkn…rasa tenang hatiku melihat dia mkn…tiada lagi kerisauan di hati.

Pukul 1.40 si kecil dah siap mkn dan berbaju melayu ke sekolah agama…aku plak sambung mkn..perut pon dah berbunyi kepala berpusing..mungkin sebab aku berlari tadi.

Hampir ke pukul 2, aku bersiap utk ke opis semula…si kecil bermain2 di luar sambil menunggu van sekolah datang. Ada beberapa kawan2nya yg sama2 menunggu. A ku beritahu si kecil bahawa aku perlu bergerak pergi…si kecil bersalam dan aku cium dahinya sambil di dalam hatiku berdoa agar dia jadi seorg anak yg soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.

Si kecil terus menunggu sambil aku terus lenyap dari pandangan matanya….

Segala yg mama buat hanya untuk satu2nya permata hati mama Haziq Danial….mama tak takut susah…mama tak kisah penat asalkan permata hati mama dapat yg terbaik…..kasih sayang mama terlalu tinggi buat anak mama yg sorg ini….

Jangan lupakan mama yer Haziq….walaupun mama telah tiada nanti….

Advertisements

~ by meyra79 on January 9, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: