Selamat Pengantin Baru…

Salam…

Hari tu aku ngah layan ombak rindu…citer drama adaptasi dari novel yg makin meletup2 tuh. Nak tgk kt wayang tiada siapa yg nk bawak so aku g jela beli cd nyer.

Masa tu since Aaron ngan Maya Karim kawen kat sempadan. Akad nikah kat masjid tu…tiba2 Haziq bersuara…MAMA MCM TU LA PAPA KAWEN ARI TU KAT MASJID JUGAK…PAKAI BAJU COLOR MERAH CAIR…

Terus terang tersentap jiwa ku..terhenti sejenak dengupan jantungku…jari jemari terasa sejuk….bernyawakan aku masa tu…akhirnya aku tersedar yang aku bukan isterinya lagi.

Aku tahan air mata kesedihan saat kau lafazkan talak padaku dulu…aku kunci hatiku agar tidak menangis di dlm. Tapi bila saat Haziq berkata begitu jatuh air mataku satu persatu. Kejam…

Bekas mertua menipu aku semata nak membawa Haziq sama2 menikmati saat2 bahagia ayahnya sendiri. Terima kasih mama, papa, ibu, kausar sebab buat aku begini walhal klau diberitahu pun tidak pernah aku berniat utk berbuat apa2 dimajlisnya. Kalau diundang sekali pun aku tidak akan pergi. Tak mungkin aku akan pergi menyaksikan org yg aku syg bersanding dengan org lain. Teringat segala janji2 palsumu…biar tuhan saje yg mengadili.

Apa sekali pun aku mendoakan yg terbaik utkmu….Klau kau berniat utk sakitkan hati aku…susahkan hidup aku…buatkan aku sengsara dan musnahkan hidup aku, aku boleh katakan kau telah berjaya. Aku harap dengan kejayaan kau ini buatkan kau lebih bahagia.

 Aku akan ajar hatiku agar tidak berdendam dengan sesiapa pun. Dan seperkara lagi aku tidak berniat utk kurang ajar dengan papa or mama…tp mungkin mereka salah sangka denganku. Biarla sebab bagiku selepas ini aku tidak memaksa mereka utk sayang Haziq lagi terpulanglah dan aku juga tidak bermaksud untuk memutuskan silaturahim antara mereka dan Haziq. Aku cuma terkilan cara papamu bercakap denganku tempohari. Mereka sepatutnya faham aku hanya seorg perempuan yg hanya mencuba utk hidup. Aku tidak menyalahkan mereka sebab kini mereka ada pilihan utk menantu dan cucu yg baru. Aku dan haziq rela mengalah. Terima kasih atas bantuan dan sokongan selama ini. Aku sgt2 terhutang budi.

Kini aku sedar siapa pun dalam hidup kite hanya kasih syg keluarga yg paling tulus.  Semoga kau tidak memperlakukan org lain seperti kau lakukan pada diriku. Selamat Tinggal.

Advertisements

~ by meyra79 on January 9, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: