Aku Maafkan Kamu…

Salam,

Dalam melalui hidup bersendirian membuatkan aku lebih tabah dan lebih sedar akan hakikat hidup di dunia. Aku lebih mengerti makna kehidupan. Sebenarnya indah atau tidak hanya bergantung kepada hati. Sebenarnya bahagia atau tidak juga bergantung pada hati. Jika ingin bahagia ajarlah hati supaya menerima segala kekurangan. Ajarlah hati supaya mensyukuri nikmat yg tuhan kurniakan. Jika tidak hidup seperti sentiasa mencari2 nikmat yg hilang. Tapi pada dasarnya nikmat hanya didepan mata kita insan2 yg tidak pernah mensyukuri apa yg dikurniakan.

Nah sekarang hidup lebih indah berpandukan ajarannya dan berlandaskan suruhanya. Tiada lagi ketidak cukupan..tiada lagi api kemarahan dan tiada lagi rasa sombong diri bila menyedari yg hidup ini hanya sementara.

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Aku tidak membenci…aku tidak marah…sebab dengan sifat itu hidupku rasa tidak tenang. Aku dan kamu hanya sama…biar yg maha pencipta yg menentukan salah antara kita. Jika kau rasa ada salah kau pada diriku mohonlah ampun padaNya. Aku hanya insan biasa.

Cuma apa yg aku ingin lakukan skrg, aku ingin jauhkan diriku drimu kerna aku tidak mahu terluka lagi. Cukup sampai disini. Kecapailah saat2 bahagia yg kau cari2 selama ini. Maafkan aku.

Cukup kau tahu yang aku maafkanmu…jangan kau sebut namaku lagi sepanjang hayatmu. Anggap saja aku tidak pernah wujud dalam lembaran kisah hidupmu dan begitu juga aku….Kini segala sisa cinta aku tanam jauh2 disudut hatiku yg paling dalam. Tidak mungkin hidup lagi dan kau juga tidak pernah aku kenali…

Tolong teruskan hidup dan jgn kau sebut namaku lagi….

 

 

 

 

Advertisements

~ by meyra79 on January 17, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: