~3 Taman~

Salam…

Sekian lama  bercerita di blog semuanya pasal kesedihan..meratapi kasih yg hilang…bercerita pasal ketidakjujuran…khianat mengkhianati…curang..tak setia dan macam2 benda2 buruk. Bukan ape kebanyakkannya cerita tu semua adalah perkara yg sebenarnya terjadi dalam hidup aku.

Tapi untuk entry kali ini rasa macam nak tukar mood sket. Lagipun semenjak dua menjak nie hati rasa terhibur sket. Walaupun bahagia tu masih lagi kabur tapi aku tak kisah, yang penting rasa hati untuk hari ini. Esok aku hanya berserah kepadanya. Aku penat untuk memikirkan sesuatu yg diluar jangkauan pemikiran seorg insan biasa seperti aku.

Tak salah selepas era kesedihan dalam hidupku aku bercerita sedikit bahagia yg aku kecapi hari ini. Bukanlah bahagia apa tapi sekurang2nya aku telah dapat melupakan episode2 sedih dalam hidup aku. Alangkah bagusnya kalau setiap hari aku bleh tersenyum seperti semalam….bahagia betul.

Cerita pasal semalam yer….semalam tu tak de apa pon just keluar makan ngan seseorg yg aku rasa baik dengan aku dan haziq. Ikhlas dalam persahabatan dan jujur. Aku suka cara dia terutama time dia gelak…macam malu2 gitu. Apapun dia berjaya buat aku kembali tersenyum dalam hidupku.

Semalam keluar makan di KLCC…makan pizza hut. Sepanjang aku kenal dengannya dia mmg seseorg yg suke mkn fast food tak tau la kenape. Mungkin dari segi servicenya dan environment di fast food restaurant ni lebih confortable. Dia ade pernah berjanji utk suap aku makan….aku gelak je..mcm budak2. Tapi semalam dia betul2 suapkan aku makan…adess malunya…yang menariknya dia ada tanya haziq…bleh tak uncle suap mama mkn? haziq siap geleng kepala tak bagi…..hehehee lawak betul aku tengok muka haziq time tu. Tapi masa haziq sibuk main2 dia curi2 suapkan aku…sweet sgt.

Sehingga ke hari ini aku masih tersenyum. Dia cakap dia begitu happy dan bahagia bila keluar dengan aku dan aku pon ade rasa yg sama. Selepas makan haziq tak nak balik lagi sibuk dia nak jalan2 dulu dalam KLCC. So kiteorg layan la dia jalan dulu, gi taman KLCC je dan haziq sibuk main2 kt playground and kiteorg ambil kesempatan untuk borak2. Dia asyik gelak je..happy sgt.

Sebelum balik kiteorg pusing2 di taman tasik titiwangsa dulu…ambil angin. Dalam kereta ade lagu insyallah maher zain…haziq bleh plak nyanyi tak malu la plak dia. Mungkin sebab kiteorg dah biasa keluar so haziq pon dah ok xde segan2 lagik.

Dalam pada jalan2 tuh si haziq sibuk nak terkencing lak..aduhai terpaksa la mencari petrol station yg paling dekat. Selesai satu perkara, lepas tu haziq terus tertido dlm kereta. Kiteorg plan nk pusing2 kt taman ape ntah kt area keramat tuh. Masa tu dah dekat kul 12mlm tapi taman tu still ramai org lagik and happening. Haziq selamat tido dlm kereta. So kiteorg borak2 pastu balik terus ke pandan indah.

Masa nak balik tu rasa berat hati je. Kalau boleh segala yg bermula jgn berakhir. Tapi mana mungkin itu lumrah alam. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. So balik jugakla lagipun haziq dah lelap sgt sian plak kat dia.

Sampai rumah haziq sambung tido. Aku rehat jap and tukar baju bersihkan muka, solat dan nk masuk tido. Pasang earfon igt nak dengar lagu kat hp. Layan la 2 3 lagu tp tak jugak ngantuk2….terbayang2 je saat2 indah tadi. Tiba2 ade sms dari dia tanya aku dah tido ke blom and dia tak bleh tido. So aku cakap aku pon x bleh tido…so kiteorg pon online ym la sementara mata mengantok.

Hhehehee…tak puas jumpa ber ym plak…dasat kan? Cerita itu ini dah dekat kul 230 pagi. Tak bleh jadi camni sbb esok nk kena keje nanti mau aku tido kat meja aku tuh. So nak tak nak kena la jugak tido.

Owhh…lupa time chat tu ade someone call aku, masa tu kul 2pg rasanya. So aku pickup call tu….time tu dia tgh view wcam aku so dia nampak ape yg aku buat. Terus2 lepas tu dia ckp dia nak tido. Line tenet plak tiba2 dc aku tak sempat nak tanya kenapa tiba2 dia nak tido plak.

So aku call dia jugak sblm aku masuk tido. Dia cuma ckp dia ngantok dan nak tido…so ok la aku x bleh paksa org ukt jawab soklan aku. Tapi esooknya dia sms aku bgatau yg dia jeles ade org call aku tgh2 mlm camtu. Heehehee…jeles rupanya. Lepas aku explain perkara yg sebenarnya dia bleh terima….syukur sgt.

Aku mengharapkan kebahgiaan ini akan terus berpanjangan. Buat dia terima kasih sebab buat aku kembali tersenyum.

 

Advertisements

~ by meyra79 on January 19, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: