Kisah Kita Hari ini…20.01.12

Salam,

Hati ini berat bila kau meninggalkan aku tadi. Rasa hati seperti tak mahu kau jauh dariku. Aku tahu itu tak mungkin aku lakukan sebab kita masing2 ada tangungjawab. Dalam hidup yang indah ini kita kadang2 perlu mengorbankan sedikit saat2 bermakna agar hidup kita nampak lebih lengkap. Pastinya imbuhannya suatu hari nanti lebih bernilai dari pengorbanan hari ini. Untuk itu jangan kedekut.

Kini aku sendiri lagi di Kuala Lumpur, kau kini jauh dariku. Aku tetap sabar menanti kepulangan kau nanti. Biar rindu ini semakin menebal biar sayang ini tidak terbendung. Aku dah biasa dengan semua itu. Aku tak pernah rasa takut tak pernah rasa risau. Cuma aku mengharapkan sesuatu yg terbaik utk kita.

Tadi sebelum kau balik, kita sempat minum petang bersama. Aku curi2 keluar semata2 utk minum denganmu ptg tadi. Cukuplah walau hanya setengah jam. Aku ucapkan bebanyak terima kasih sebab kau sudi terima undanganku.

Tadi aku minum teh ais kegemaranku dan kau order milo ais. Tau tak milo ais tu bleh menggemukkan tapi aku tak kisah kau gemuk ke boroi ke aku terima kau seadanya. Bagiku yg paling penting aku rasa kau jujur dengan ku.

Tadi kau mintak roti telur. Ajak aku share…aku x kisah sgt. Tak sangka plak kau bleh suapkan aku. Baiknya kau dalam melayan segala kerenahku. Sebenarnya bagiku aku bleh menuruti segala kehendak mu asalkan kau jujur dalam setiap perbuatanmu. Aku bukan minta kau report segala aktiviti cuma tlg jgn khianati cinta aku seperti DIA yg aku kenal suatu masa dulu.

Aku doakan kau dari jauh…semoga kau happy dan enjoy cuti ni. Apa jadi pada aku, aku tak kisah sgt sebab aku biasa ditinggalkan. Hidup aku mmg sepi dan sunyi sejak sekian lama dulu. Aku tak pernah mengharapkan org beri aku 100% perhatian, cukup sekadar mengambil berat perihal aku dan haziq sebagaimana yg kau lakukan selama ini. Terima kasih sebab faham aku.

Aku rindu..kenapa yer rindu ni tak pernah surut….jumpala sebanyak mana pun aku tetap rindukanmu. Hidupmu yg sentiasa bergelak ketawa buat aku rasa seperti hilang segala sedih dan duka dalam hidupku. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku dan haziq.

Aku masih ingat pesanmu tadi………………….

JAGA DIRI BAIK2,

JAGA HAZIQ BAIK2

MAKAN JGN LEWAT

TIDUR JGN LAMBAT

Dah lama tiada yg mengambil berat pada diriku selama ini. Terima kasih banyak2. Saat ini terasa mengalir air mata…sayunya hati….

Cukuplah sampai disini….

Advertisements

~ by meyra79 on January 20, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: