Jadikan aku seorg insan yg penuh kesabaran..

Abang,

Semoga kau sihat hendaknya hari ini. Hidup penuh suasana romantik dan warna warni cinta. Bagi diriku disini jgn risau…aku akan cuba membahagiakan diriku agar kau tidak serabut. Aku sekarang belajar utk memahami dirimu dan berkongsi segala suka dukamu.

Abang,

Aku masih disini. Jika kau sedih aku ada…jika kau serabut aku juga ada dan jika kau marah aku tak kan lari. Kalau boleh aku ingin sentiasa bersamamu saat kau gembira atau sedih.

Abang,

Aku akan berusaha membuat kau sentiasa tersenyum. Membuat org yg aku syg sentiasa gembira adalah hanya pengorbanan kecil dariku. Aku sentiasa doakan yg terbaik utk hidupmu. Sentiasa ceria dan tersenyum.

Abang,

Rindu aku biar aku yg rawat. Kadang2 hati ini terlalu degil. Merinduimu saban waktu. Kadang2 tu langsung tak masuk akal. Memang aku terlalu syg padamu. Aku cuba menjadi rasional agar aku tak kan menyusahkan dirimu. Aku sanggup merasa terseksa agar bukan dirimu. Aku faham perasaanmu yg serba salah. Kadang2 aku rasa menyesal sbb tidak kenal denganmu lebih awal. Tapi sume tu bukan aku yg rancang, hanya ketentuan dariNya.

Aku rindukan dirimu…

Abang,

Saat ini aku dengar lagu Firman – Kehilangan…tapi entah kenapa airmata ini terlalu mudah mengalir. Sedihnya rasa hati….betullah…hidup aku terlalu sunyi…

 

 

Advertisements

~ by meyra79 on January 29, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: