Ayat2 Cinta

 

Sekarang tengah menghayati lagu ayat2 cinta. Dulu ade drama ayat2 cinta. Minat sgt tgk. Bagaimana pengorbanan cinta seorg isteri utk suaminya. Menuntut satu pengorbanan yg amat tinggi sewaktu suami si pompuan ni kena tangkap polis(tak igt dah sebab apa). Pompuan nie berusaha ke sana ke mari untuk membuktikan yg suaminya tidak bersalah. Sanggup apa saja semata2 utk membebaskan suaminya. Akhirnya semua usaha dia tak sia2 bila dia berjaya melepaskan suaminya dari dakwaan.

Kini bahagia tu milik mereka. Bila baru je nak merasa bahagia tetiba datang plak kekasih lama suami dia. Ade plak penyakit yg bleh membawa maut. Mintak nak kawen ngan suaminya sebab itu harapan terakhirnya sebelum dia mati. Akhirnya dia bagi laki dia kawen ngan gf dia walaupun hati dia sgt2 rasa terseksa.

Sebenarnya bukan nk cite pasal tu…tp point kat sini adalah pengorbanan. Satu perkataan yg mmg sgt2 sinonim ngan aku. Aku memang dilahirkan utk berkorban utk org2 yg aku syg. Dari tadi tak dapat tido memikirkan ape yg aku dah buat tadi. Menyesalnya rasa hati tidak terkira.Aku tidak sampai hati buat org2 yg aku syg seperti itu.

Pada fikiran aku menjauhkan diri sket dari hidupnya adalah yg terbaik. Aku tidak mahu merosakkan apa2 yg telah terbina sekian lama. Aku takut kalau aku terbuat kesilapan seperti itu sekali lagi. Aku tak takut dengan sesape tapi tolongla aku mmg tak mampu tgk org2 yg aku syg dlm keadaan spt mlm tadi.

Sekarang, memang betul aku mempertaruhkan cinta aku. Bagiku membuat seseorg yg aku syg rasa bahagia aman dan tenang adalah priority aku. Maafkan bila ku tak sempurna, cinta ini tk mungkin ku cegah. Tapi aku rasa aku mampu menahan rasa hati. Aku cuma kena kuat.

Pernah tahu tak bagaimana sesuatu nilai cinta itu diukur? Ada yg beranggapan rasa cinta itu bleh diukur dengan puluhan sms cinta sehari, masa yg diluangkan bersama saban minggu, sejambak bunga dihari2 istimewa, lunch atau dinner romantik bersama, ungkapan cinta setiap hari, hadiah buat sang kekasih, pujian, dorongan, bantuan dan macam2 la. Aku tak pernah cakap semua tu salah cuma bagi aku untuk membuktikan kasih syg pada seseorg yg terlalu istemewa adalah dgn berapa banyak kite mampu bekorban demi melihat si dia bahagia. Bekorban wang ringgit bagi aku tiada makna nye kerana wang boleh dicari, duit sentiasa keluar masuk stp bulan so apa makna nyer. Bagi aku berkorban rasa hati dan perasaan sendiri demi melihat si dia bahagia walau pun bukan dengan diri kita adalah nilai cinta yg sebenarnya. Sebenarnya bila bercakap topik ni aku mudah rasa sedih.

Airmata dah terjatuh….teringat cerita lama dan cerita yg sama mungkin terjadi lagi…aku akan bekorban lagi…Now aku terasa seperti merampas seorg ayah dari anak2nya…..owhh tak mungkin terjadi sebab aku juga ada anak yg kini tak punya ayah. Terlalu sedih dan kosong hidupnya dan aku tak sanggup perkara yg sama terjadi pada anak2 org lain. Ya tuhan apa yg telah aku lakukan selama nie……….

 

Advertisements

~ by meyra79 on February 2, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: