Minta Maaf Sgt2

Wahai blog yg setia,

Malam ni aku buat mistake. Nak tahu tak sebab apa? sebabnya aku terlalu ikut perasaan rindu aku. Bukan aku tak tahu setiap apa yg aku buat mesti fikir mesti nilai apa kesan pada aku dan org2 lain. Bukan membuta tuli ikutkan perasaan semata2 seperti malam nie. Kalau dia boleh rasional dgn aku kenapa aku terlalu mementingkan diri sendiri tadi.

Wahai blog yg setia,

Kau tahu tak blog, tadi masa dia telefon aku beritahu semuanya aku jadi amat2 bersalah. Apa lagi bila aku dengar suara yg ketakutan, yg risau, bimbang. Klau aku boleh berhentikan masa, aku ingin pergi semula ke masa tadi dan cancel smsku yg satu itu. Klau aku boleh mintak maaf beribu2 kali supaya dia jadi tenang…aku buat. Sejujurnya aku tidak pernah dengar suara yg terlalu ketakutan seperti tadi. Ya tuhan, baiknya dia pada org2 yg dia sygi. Pandainya dia menjaga hati.

Wahai blog,

Aku tahu, aku hanya menumpang secebis kasih sygnya….itu pun kalau ada. Aku tidak berniat utk susahkan sesiapa, buat sesiapa bergaduh atau buat sesiapa terluka. Aku kena sedar, aku hanya mengisi slot2 kosong dalam hidupnya itupun jika ada. Masalahnya disini aku cuba mencari slot2 kosong tu sepatutnya aku kena menunggu bukan mencari. Aku kena ingat aku hanya ada secebis kasih sygnya bukan separuh jauh sekali semuanya. Aku juga kena ingat bukan aku yg patut diberi perhatian bukan aku…

Blog sahabat sejiwaku,

Tolong beritahu padanya….AKU MINTA MAAF….MINTA MAAF SGT2……aku buat mistake yg telah diberi amaran sebelumnya. Kenapa aku tak dengar cakap dia. Bila emosi mengatasi kewarasan akal, tindakan akan jadi kurang bijak, kesannya pasti akan menyusahkan org lain, org yg aku susahkan tu adalah org yg aku syg, kejam kan?. Dalam usia seperti aku, aku sepatutnya cekap dalam mengawal emosi dan bijak dalam perbuatan.

Wahai blog,

Tolong ingatkan aku, yg aku kena bertolak ansur sebanyak mungkin

Tolong ingatkan aku, yg aku kena bersabar, sbb org sabar tidak akan rugi

Tolong ingatkan aku, yg kehadiran aku hanya utk memberi cinta bukan merampas cinta

Tolong ingatkan aku, walau apa pun yg terjadi redha itu perlu sebab aku skrg leka bermain api

Wahai blog kesayanganku,

Kau tahukan bagaimana hidupku dulu. Aku biasa dihentam, dimaki, dimarah, dihina bila aku buat perkara2 yg tidak senang dimata. Dulu si Y selalu begitu sampaikan aku tiada perasaan lagi bila aku kena marah. Airmata pun dah tak nak keluar. Hati pun jadi keras mcm batu. Tapi hari ini…..dengan hanya satu baris ayat “Abg bukan nak marah myra tapi abg kan dah pesan jangan call atau sms no tu,abg minta myra jaga itu je“. Cukup buat hati aku tersentuh, lidah jadi kelu dan ego yg selama ni tinggi menggunung runtuh berkecai menjadi debu.

Wahai blog,

Sekarang kau tahukan kenapa aku betul2 syg pada dia. Setiap ape yg nampak kurang betul dlm hidupku…dia tegur dgn cara paling hikmah sepertimana arwah ibuku dulu. Dulu antara aku dan si Y aku rasa aku jauh lebih baik dr Y tapi sekarang antara dia dan aku….aku rasa aku antara manusia yg masih bnyk perlu diperbaiki. Betul org kata kepimpinan melalui tauladan. Aku tak tahu entah kali ke berapa aku buat dia susah sebab aku. Ya tuhan, tolong aku kawal emosi aku agar aku tidak susahkan dia lagi. Tolong buat dia rasa gembira, senang hati bila bertemu aku.

Abang,

Ku ingin selamanya mencintai dirimu, sampai saat ku akn menutup mata dan hidupku. Ku ingin selamanya ada disampingmu, menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggil ku. Ku berharap abadi dalam hidupku mencintamu bahagia utkku. Kerna kasihku hanya utk dirimu, selamanya kan tetap milikmu.

Advertisements

~ by meyra79 on February 2, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: