Opis yg membosankan

Salam,

Leganya dapat segelas milo. Perut kosong dapat segelas milo okla xde la rasa lapar sgt. Hari ni masih free seperti semalam. Tadi ade call, satu user nie antar file attachment 10MB kat email. Kira besar la tu….ikut nasibla boleh lepas ke tidak, sepatutnya boleh lepas tapi ikut keadaan traffic gak la. Maximum is 15MB tapi aku biasa cakap kat user 10MB je la for security purpose.

Tadi gak ade call nak tanya macamana nak edit column kat excel drp PRN file. User tu dah keje 10 thn tapi masih tanya soklan2 yg macamtu lagik. Sebenarnya aku pun tak tahu sebab aku malas nak ambik tahu. Bagi aku benda2 camtu, camne nak edit, camne nak wat formula xplore sendiri la. Tak kanla nak tanya gak IT department. Aku cakap je kat user tu aku tak tahu camne nak buat. Bleh plak dia sound IT department tak kan tak tau benda simple nie…perghhh hangin je rasanya. Aku diam je…aku suh je dia call my boss. Dia call depan aku…bos aku bagi direction macamana nak buat through phone. Terus2 dia cakap dia tak bleh dan tak bleh, sket2 tak bleh bukan tau nak usaha. So aku mintak nak ckp ngan bos aku….bos aku bg direction, aku buat settle.Minah tu tak paham kot ape bos aku cakap. Yerla bahasa komputer ngan bahasa finance mana sama kan?hehehee.Tapi minah tu mmg poyo tol. Menyampah aku.

Budak2 nursing kat belakang aku ni bising tol. Ntah ape keje yg urgent pun aku tak tahu. Mana tak haru biru…clerk dah letak notis 24jam….huhuhuu…nasib korangla. Masa ade assistant tak reti nak hargai suh buat macam2 bila dah cabut camtu tinggal lak keje melambak baru tau langit tu tinggi ke rendah. Keje kerani suh buat keje linen mana la budak tu tahan.

Tadi gie stor department. Derang ade bos baru…bukan baru la…bos finance incharge stor sekarang. Pergh tgk derang keje macam mesin. Tak leh sembang langsung. Dulu masa bos lama kat sana happening je. Boleh makan, boleh gelak, boleh borak asalakan keje jalan. Nie takde, dasat tu derang keje sekarang. Muka pun masing2 masam je. So aku lepak kejap je pastu blah…x menarik la…muka tensen je sume.

So aku tak tahu nak wat ape…sebab tu aku menulis kat blog kesayangan aku nie….sebenarnya bukanla rajin sgt aku nie…sib baik keje aku nie senang xde tensen…hehehe…bos pun ok.

Erm…bila la nk gie bercuti ngan si dia, spend masa sesama….alangkah indahnya….dah bosan nie wahai cik abg…miss u sgt2

Advertisements

~ by meyra79 on February 9, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: