“……solat dlu syg. Dh dkt jam 6.”

Hi Blog,

Sejak semalam lidah ni sakit, mcm tergigit tp dah tak ingat bila time tergigit tu. Rasa mcm tak selesa je…nak gie jumpa doktor mintak oral aid kot esok, tgkla rajin ke tak nanti.

Blog,

Tadikan dapat sms dari dia “……solat dlu syg.Dh dkt jam 6”. Nak tahu tak apa jadi kat aku bila terima sms camtu? Jantung berdebar,mata jadi besar,kelu lidah tidak terkata,tangan terketar2 mcm kena parkinson..terus dah xleh nk reply sms. Fikiran melayang ke langit biru, kipas berputar tp x terasa anginnya dan tiba2 baru aku sedar yg aku dah termenung 10min dan belum solat. Dasat kan sms tuh?

Blog,

Fikir2 sms tu biasa je..sesiapa pun bleh je antar sms mcm tu takde yg istimewa pun kan?sebab ade word “syg” kot? Sebenarnya aku membayangkan sms tu dizahirkan secara lisan oleh si penghantar….dengan gaya suaranya, nadanya, senyumannya….ermmm cukup menarik. Sejak berpuluh tahun yg lalu tak pernah ade org yg mengajak aku solat dengan cara mcm tu. Kali terakhir arwah ibu yg selalu berpesan suruh solat tp xdelah bersyg2 plak sebab aku dah besar panjang. Haziq je selalu dapat syg dri mama nyer. Tapi mama nyer tak pernah org panggil syg pun. Rupanya selama ini xde org yg syg aku seikhlas dia waima si Y dulu pun tak pernah bersyg2 ngan aku.

Blog,

Aku tak mintak pun dia bersyg2 ngan aku cuma perkataan yg kedengarannya biasa2 sahaja memberi kesan yg mendalam pd aku sebab tak biasa digunakan sepanjang hidupku. Aku hanya biasa memberi syg aku utk Haziq…..solat dulu syg, mandi syg mama, mana haziq syg mama tu,silakan mkn anak mama syg,wahai anak kesayangan mama yg satu nie…sume tu mencerminkan betapa ikhlasnya syg aku pada Haziq. Tapi bila dia mengungkapkan kata2 seperti itu utk aku….aku rasakan ikhlasnya kasih syg dia pada aku sepertimana telusnya kasih syg aku buat satu2nya permata hatiku. Merepek ke aku? Tak paham erk? Kalau tak faham pun buat2 faham je dah la…heheheee.

Blog,

Memang terasa lama tak jumpa si dia, sebenarnya ada baik dan ade buruk jugak tp kite berfikir dri view yg baik jela kan. Bila selalu tidak berjumpa rasa rindu semakin bertambah…bila rindu kita akan lebih menghargai seseorg, tiada sebab utk berselisih faham dan tiada sebab jugak utk terasa hati. Bila dapat bertemu kita pasti akan menghargai masa yg kita ade sebaik2nya kerana hakikatnya sesuatu yg sukar didapati itu akan lebih bernilai. Sesaat pun tidak mungkin akan dibazirkan kerana kita tidak tahu bilakan masa seperti itu akan muncul kembali.

Blog,

Kalau suatu masa nanti semua yg indah ini akan berakhir…izinkan aku mengabadikan segalanya sebagai kenangan yg terindah dalam hidupku.

                             Utk Renungan : Love Never Fails…it’s true?

Advertisements

~ by meyra79 on February 11, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: