Aduhai Cik Jumeyra

Memenuhi Masa Lapang

Takde ape yg menarik utk dibuat malam nie. Nak tido mata tak mengantuk…so edit la gambo. Rasa mcm bosan je nak gie keje esok. Malas pun yer jugak, tapi nak ikutkan tak de ape pun kat opis tuh. Cuma aku menyampah jumpa org2 tertentu kat opis aku tuh.

Sebenarnya tahun nie aku tak gie bercuti kot tu sebab mcm demotivated kot. Ntahla..thn ni bnyk nak pakai duit..kena plan elok2 tak bleh membazir sebab aku dah takde tempat bergantung. Susah senang sendiri juga. Takpela tak kisah la. Lalu je la jln yg ade sekarang nie…ape lagi pilihan yg aku ada kan?

Tadi gie jumpa kawan baik aku. Dia MC sampai bln 5 nie. Dia ade ovarian cancer skrg ni tgh on chemo kat hospital ampang, dah cycle yg ke 4, ada 2 kali lagik before complete. Dah lain muka dia skrg, kesian aku tgk dia, harap2 dia mampu utk bertahan. Dulu kawan yg sama2 bergelak ketawa dah jadi camtu plak. Ntahla nasib masing2..nasib aku tak tahula mcm mana plak. Aku selalu doakan yg terbaik buat dia..semoga dia cepat sembuh.

Kadang2 aku berfikir kenapala tuhan uji dia ngan penyakit camtu..dia bagi aku baik…kenapa yer tuhan tak turunkan penyakit tu pada minah2 kepo kat hospital tuh, pada bos2 yg kejam kat hospital tu dan pada org2 yg suke tabur pasir kat periuk nasi org lain…or pada org2 yg kaki ampu.Ermm…iskk tak baik plak aku mempertikaikan ketentuan takdir. Mungkin ade hikmah nyer.

Ngantok daaa…selamat malam..tidola sygku…siang kan tiba bercahaya..bermula baru semua utkmu….muuaaahh….gud nite….

 

Advertisements

~ by meyra79 on February 15, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: