Pelangi Petang II

Abg,

Maafkan myra. Tak terniat utk buat abg terasa hati dengan apa jua kata2 myra. Juga tak terniat utk menambahkan beban yg sedia ada. Myra cuma takut dengan bayang2 sendiri, takut dengan akibat atas perbuatan sendiri. Segalanya pernah difikirkan dulu sebelum segala2nya bermula. Tapi diri ini tidak kuat utk menolak rasa syg yg kian bertambah dari hari ke hari.

Abg,

Keadaan memang langsung tidak pernah berada dipihak kita. Dalam segala yg terjadi myra bersalah, myra yg buat abg asyik melayan perasaan sedangkan myra tahu akibat dari segalanya. Myra patut menjauhkan diri bila tahu siapa diri abg. Myra patut menyedarkan abg utk setiap apa yg kita lakukan. Memang betul kita saling sayang tapi kita tak pernah ada hala tuju. Kita hanya mengikut arah tiupan angin. Kita asyik dengan dunia khayalan kita.

Abg,

Walaupun segalanya hanya khayalan kita tapi perasaan myra pada abg ikhlas,myra tak tipu. Myra tak sepatutnya hadir dan buat segalanya jadi kucar kacir. Abg bergaduh sebab kasih syg kita. Myra merosakkan kebahgiaan abg kan? Myra tak tahu kenapa myra patut hadir sedangkan hidup abg telah pun bahagia. Cukup lengkap segalanya. Tiada yg kurang pun. Myra minta maaf sgt2.

Abg,

Masih ingat dengan pelangi petang? Myra takut abg jadi pelangi petang, myra jugak tak nak abg jadi pelangi petang. Kalau boleh biarlah abg menyinari hidup myra selamanya. Myra tahu segala tak mungkin jadi hak milik myra, myra tahu tiada harapan langsung utk kita hidup bersama, dan myra juga tahu abg tak mungkin memilih satu antara dua. Myra nak abg tahu, myra hanya minta sedikit senyum utk hidup myra, sedikit rasa gembira utk hidup myra, sedikit syg abg utk myra dan sedikit masa abg luangkan utk myra. Myra takut bila apa yg telah terjadi ini akan merampas segala yg sedikit itu dari hidup myra. Myra tak sebenarnya tak boleh tiada abg. Hari ini tanpa gelak ketawa abg, tanpa sms….hidup myra jadi sunyi. Myra takut ia akan terus sunyi selamanya.

Abg,

Ingatan abg tentang solat, sokongan abg dalam segala perkara yg myra lakukan, buat myra kuat utk teruskan segalanyanya yg pernah runtuh suatu masa dulu. Abg, kembalikan senyum myra, gelak ketawa myra…hati myra rasa tenang dengan abg, hati myra rasa gembira bila dengan abg. Myra takut myra tak dapat lagi semua tu. Myra tak kisah utk berkorban hati dan perasaan, myra tak kisah klau waktu myra lebih singkat dengan abg, myra tak kisah klau abg putuskan talian bila keadaan tdk mengizinkan, myra tak kisah kalau abg bz disaat2 yg sepatutnya masa utk myra…myra tak kisah semua tu. Tapi myra harap sgt jgn rampas semua yg sedikit itu dari hidup myra. Walaupun sedikit myra cukup bahagia. Myra bleh senyum, myra bleh gelak walaupun kita hanya mencuri2 masa kerja dan hanya 2  atau 3 jam seminggu kita kuar bersama. Semua tu cukup bagi myra. Yang myra tahu myra hanya nak abg ada dibelakang menyokong setiap keputusan dan menguatkan semangat bila ianya semakin lemah.

Abg,

Hari ini, myra rindu dengan abg….tak pernah sehari pun sepanjang perkenalan kita…abg tinggalkan myra tanpa sms2 dan call. Tapi myra faham keadaan abg.Myra tak sepatutnya terlalu mementingkan diri. Myra minta maaf abg. Tak sepatutnya myra minta yg bukan2.

Abg,

Myra takut sgt klau abg cakap…Abg akan berhenti menyayangi myra. Tolong jgn yer. Abg dah janji utk teman myra dalam melalui hidup ini kan. Abg, jgn la pergi….myra tunggu abg tau…

Myra sedih…myra minta maaf….myra syg sgt dengan abg….jgnla pergi….myra tahu myra tak patut minta semua ni….tapi myra tak boleh tipu diri sendiri. Myra juga tak patut rasanya buat org lain sedih utk kepentingan diri myra sendiri. Myra tak tahu apa yg sepatutnya myra buat. Atau abg minta myra berkorban kasih syg myra demi abg?….kalau itu permintaan abg…………………………….myra buat. Myra sanggup segalanya sebab abg.

Abg,

Myra tunggu abg walau selama mana pun masa yg abg perlukan…….

Advertisements

~ by meyra79 on February 22, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: