Buah Hati Mama

Haziq anak kesayangan mama,

Maafkan mama sebab pukul haziq tadi. Mama betul2 hilang sabar bila anak yg mama besarkan bagai menatang minyak penuh meninggikan suara pada mama. Mama betul2 hilang sabar bila anak yg mama cium hari2 berani menjerit2 memarahi mama. Mama tersentak bila Haziq katakan yg mama tak sayang Haziq lagi. Haziq nak pegi umah papa ye.

Haziq cahaya mata mama,

Setiap ape yg mama lakukan pasti ada sebab. Bukan kerana kedekut wang ringgit dan bukan juga kerana tak sayang. Kasih sayang mama pada Haziq tiada terbanding dengan apa2 pun. Mama tak pernah mengharapkan apa2 balasan atas apa yg mama lakukan utk Haziq. Mama bangga dapat anak seperti Haziq.

Haziq kekasih hati mama,

Haziq tahukan yg mama hanya ada Haziq. Haziq satu2nya anak mama. Bukan dua bukan tiga. Dan kerana itulah mama memperjudikan kebahgiaan mama demi satu2nya anak mama ini. Haziq mama tahu mama bukanlah seorg mama yg sempurna utk Haziq. Mama tahu mama banyak kekurangan dalam mendidik Haziq. Tapi mama berjanji mama akan berusaha menjadi seorg mama yg terbaik utk Haziq.

Haziq nyawa mama,

Mama nak Haziq faham, hanya mama seorg yg membesarkan Haziq. Mama akan menjadi mama dan mama jugak akan jadi papa. Kalau Haziq nk tahu mama sebenarnya lebih senang manjakan Haziq, peluk Haziq, cium Haziq, beri apa saje yg Haziq inginkan. Itu sebenarnya jiwa mama. Mama suka klau Haziq bermanja ngan mama. Itu jiwa mama, Haziq. Tapi Haziq kena faham, mama jadi mama dan mama juga jadi papa. Ada masa, mama kena buang sifat manja mama demi kebaikkan anak mama yg satu ni. Mama nak Haziq sedar tangungjawab, susah senang walaupun usia Haziq baru 7 tahun. Mama tiada pilihan Haziq, mama terpaksa fahamkan Haziq.

Haziq jiwa mama,

Haziq, hidup kita tak sama macam org lain.  Haziq tiada ayah yg akan menasihati setiap masa betul atau salah atas ape yg Haziq lakukan hari2. Haziq tak kan dengar suara garau yg akan memarahi Haziq kalau Haziq tersilap langkah…yang ada cuma mama. Sebelum segalanya terlambat mama korbankan manja dan sayang mama buat sementara demi membetulkan apa yg salah. Bilamana anak mama dah jadi lebih tinggi dari mama tak mungkin mama akan dapat membetulkan lagi mana yg silap.

Haziq buah hati mama,

Mama tak pernah rasa cuak bila Haziq lambat mengenal abc, lambat membaca dan juga mengira. Kenapa? Sebab mama tersangat yakin yg anak mama yg satu ni seorg anak yg bijak. Mama boleh buat anak mama nie jadi bijak. Tapi sekarang bukan masa yg sesuai…Nak tahu kenapa? Sebab mama nak betulkan kelemahan anak mama. Mama nak bentuk anak mama nie supaya ada satu jati diri, berani, kreatif, ade pegangan agama, ada matlamat, boleh pandang ke depan lebih jauh dari org lain, mantap dan matang. Susah Haziq sebenarnya mama nak develop tu dalam diri anak mama yg satu nie. Mama tak mahu ada seorg anak bergelar pakar ortopeadic tapi ibunya sendiri jalan bertongkat. Mama tak mahu ada anak yg bergelar arkitek tapi ibunya sendiri duduk di rumah org tua2. Mama tak mahu ade anak yg bergelar engineer automatif tapi ibunya sendiri berjalan kaki menjual kerepek pisang di bahu jalan. Cukuplah sekadar seorg IMAM MUDA yg sentiasa mendoakan ibunya tidak kira masa.

Haziq anak mama,

Mama tidak pernah lupa mendoakan kebahgiaan dan keselamatan anak mama. Biarla mama susah janji disuatu masa nanti anak mama akan senang. Mama tak nak hidup senang pun kat dunia nie Haziq sebab mama tidak meletakkan apa2 harapan bagi sisa2 hidup mama. Mama cuma nak lihat Haziq menjadi sepertimana yg mama harapkan. Jangan buat org sepertimana papa buat pada mama, jgn sia2kan hidup org sepertimana papa sia2kan hidup mama. Haziq jadilah lelaki yg bertanggungjawab, baik budi pekerti, tinggi ilmu dunia dan akhirat, sabar dan jangan bengis, senyum sentiasa, mengutamakan org tua dan janganlah memperhambakan diri kerana wang ringgit. Haziq, mama tak tahu bila Haziq akan baca sume tulisan mama ni, tapi seandainya Haziq terbaca tak kirala waktu itu mama sudah tiada atau mama telah nyanyuk…ingat apa yg mama tulis ni mmg mama benar2 maksudkan dan seikhlasnya lahir dari hati kecil mama.

Haziq yg mama syg,

Sekali lagi mama minta maaf sebab pukul Haziq. Mama syg Haziq sgt2. Mama tak tahu selama mana mama boleh bersama Haziq, tapi mama harap sebelum mama pergi …Haziq telah jadi seorg anak sebagimana yg mama mahukan.

Akhir kata….selamat berjaya IMAM MUDA mama….doa mama sentiasa denganmu…

 

Advertisements

~ by meyra79 on March 5, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: