Betul ke sunyi itu indah?

Blog,

Hanya kau yg selalu ade…tak kira time aku bz, happy, sedih, nangis,sunyi….hanya kau yg setia. Berapa lama aku tinggalkan kau pun bila mana aku masukkan user id ngan password kau pasti muncul. Bagusnya klau aku ada insan yg boleh jadi sesetia dan sesabar engkau blog.

Blog,

Denganmu aku bebas menyuarakan apa saje yg terbuku dihati. Kau relakan apa saje yg aku inginkan. Cuma aku tak tahu samada kau suke atau tak ngan setiap entry aku. Waima kau suke atau tak kau tak pernah marah, kau tak pernah complaint, kau tak pernah merajuk…..sebab kau takde hati dan perasaan. Aku juga ingin jadi spt kau blog…takde hati dan perasaan tapi boleh ke? takkk…sebab aku manusia.

Blog,

Sebab aku manusia la aku perlukan seorg manusia yg sebaik dan sesetia spt kau blog. Hari ini aku sunyi. Sunyi yg teramat sunyi. Aku dok umah ade tingkat atas ade tingkat bawah tapi hanya ada aku sorg je dlm umah ni, aku ade meja mkn utk 4 org tp aku sorg je yg duduk, aku ade tv besor…1 kat atas 1 kat hall…tp aku sorg je yg tgk…aku ade kuali, periuk belanga, pinggan mangkuk, cawan gelas tapi tak guna pun sebab aku sorg je yg mkn. Aku selalu guna laptop je. Ermm…

Blog,

Lama2 aku bleh jadi gile ke erkk….tak kot…ntah laa….ape2 je la…

Kadang2 aku suka ari cuti dan kadang2 tak…Kenapa dulu aku tak rasa sunyi? sekrang nie makin sunyi lak…..mungkin sebab aku jarang kuar ngan kawan2 aku kot. Tapi sebenarnya aku dah jadi x minat sgt nak kuar2, lepak sana sini, bergelak ketawa…aku rasa mcm membosankan. Bukanla aku tak kuar langsung cuma dgn org2 tertentu je. Kalau dulu pantang ade org ajak aku on je. Mungkin sekarang dah matured sket kot….yerla umo pun dah 30an….agak nyer la.

Blog,

Aku sebenarnya suke je masak, buat cekodok ke ptg2 camnie, masak best2 time cuti2 camnie…tp sape nk mkn…klau setakat masak utk diri sendiri tu tak yah la…buang masa je. Sendiri masak sendiri mkn…x menarik langsung.

Blog,

Kan bagus klau aku ade anak ramai2….bila wat cekodok ptg2 camni….tak sempat masak dah beratur tunggu…hehheee….menarik kan. Dah masak tu plak berebut2 mkn…..pewot derang tu asyik lapo je. Masak la ape pun tak complaint…licin je sume. Menarik kan?

Blom kira tu time derang mandi…main dlm bilik air 2 3 org…basahnya sampai ke luar. Selagi tak kecut tgn tak nk sudah. Pas mandi lama camtu sume lapo. Hehehee…Kalau aku ade anak lagi mesti derang suke main hampas kelapa dlm bilik air. Mcm aku dulu2 la. Haziq pun suke. Macam2 buat ngan hampas kelapa tu…sampai sumenya ilang.

Bukan rezeki aku kot utk ada famili dan anak2 ramai camtu. Berjumpa dgn org yg salah dlm hidup aku. Segalanya telah tertulis. Redha je la.

Okla blog….lain kali cerita lagi. Kalau jumpa ngan cik abg aku….kim salam kat dia…cakap kat dia RINDU KAT DIA SGT2….muaaaahhhhhsss…

Advertisements

~ by meyra79 on March 11, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: