Warkah Rindu Buat Kekasih

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Penyayang ku mulakan warkah cintaku buat dirimu kekasihku.

Kekasihku,

Walaupun ada seribu nukilan rindu untukmu rasanya masih tidak mampu utk digambarkan betapa saban hari aku selalu merindui dirimu. Untuk apa saje yg aku lakukan pasti setiap saat aku tidak pernah lupa utk mengingati dirimu.

Kekasih,

Ingin sekali aku melunaskan rasa rinduku bilamana kita bertemu tapi setiap kali aku lihat wajahmu, senyum denganmu, ketawa bersamamu, bermanja denganmu ketahuilah bahawa rindu ini sebenarnya tidak pernah surut. Agenda indah dalam pertemuan kita sentiasa bermain difikiran, terbayang dimata membuatkan aku semakin rindu padamu.

Kekasihku,

Andainya ada ubat utk aku hilangkan rindu ini tolong aku….rindu ini benar2 buat aku terseksa. Aku menderita tapi sebenarnya bahagia. Bahagia dengan rindu yang kauĀ titipkan dalam diriku.

Kekasih,

Aku ingin sekali berada dalam dakapanmu dan sentiasa bersamamu saban waktu tapi itu tidak mungkin. Bukan masa membatasi kita tapi takdir itu sebenarnya bukan milik kita. Andai dapat aku undurkan masa pasti namamu yg aku laungkan agar kau temui aku lebih awal dari dia. Biar takdir tahu kau sebenarnya milik aku. Tapi segalanya telah terlambat.

Kekasih,

Aku berhajat untuk simpan rindu ini sehingga ke akhir hayatku. Biar rindu ini kekal menjadi kenangan terindah dalam hidupku walaupun aku hanya menumpang secebis kasihmu.

Kekasih,

Izinkan selamanya namamu dihati. Aku letakkan sepenuh jiwaku untukmu walaupun aku juga tidak pasti pengakhirannya. Hati ini sebenarnya liat utk menerima huluran cinta dari insan lain. Sebab aku mahu kau tahu, aku hanya utkmu.

14 March 2012

0130 am

Pandan Indah

Advertisements

~ by meyra79 on March 13, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: