Kerana Syg Ini…

Sayang,

Jauh hati ini mencari cinta. Cinta yg tak mungkin satu dunia tahu. Cinta yg hadir hanya dalam hati kami. Bercinta dan berkasih nun jauh dari pandangan manusia. Biar satu dunia tidak tahu kamilah pasangan yg paling bahagia di dunia. Tapi hakikatnya dalam hati kami telah berbunga rasa cinta yg mekar indah.

Sayang,

Ku amat mencintai kamu. Kerna kau beri erti hidup. Siapa pernah menyangka yg segalanya terjadi dalam masa yg terlalu singkat. Rasa cinta yg pada awalnya hanya atas dasar simpati berubah menjadi sesuatu yg tak mungkin dilupakan. Mungkin juga bakal melakar satu sejarah baru dalam hidup. Betapa benarnya cinta kita.

Sayang,

Setiap hari ku nanti belaian kasih darimu. Panggilan mesra darimu. Perlukah segalanya menjadi satu impian mustahil utk hidupku. Biarkan aku jatuh cinta. Biarkan aku hanyut dengan perasaan ini. Biarkan aku rasa yg aku tak mungkin dapat hidup tanpanya. Segalanya aku abadikan segalanya sebagai lakaran2 indah sepanjang perjalanan hidupku. Seandainya tuhan menjemputku…..aku harap dia org yg terakhir mencintai diriku.

Sayang,

Aku tahu segalanya tak mungkin menjadi satu. Segalanya hanya mimpi disiang hari. Tapi sekurang2nya aku bahagia dengan mimpi disiang hariku ini. Tiada siapa dapat menghalang sebab ini hanya mimpi aku dan dia. Jika denganmu salah ku tak mahu yg benar, jika denganmu hanyut biarlah aku lemas…hanya kerana aku tak mahu yg indah itu berlalu pergi.

Sayang,

Aku tak mahu cinta selain darimu. Keraguan tidak pernah bertahta dihati cuma hanya kepastian yg dia bukan milikku. Aku tak pernah menyesali atas segala yg berlaku dan kenapa ketentuannya jadi begitu. Hebatnya dugaan cinta aku…percaya atau tidak semakin hebat diuji semakin bertambah rasa sayang. Seandainya suatu hari nanti telah tertulis cintanya tiada lagi utkku….adakah aku mampu tersenyum. Mahu atau tidak aku terpaksa senyum sebab aku telah memilih utk melalui jalan berduri ini. Senadainya aku terkena duri sudah mampu membuat yg lain tersenyum sinis

Sayang,

Tiada apa yg mahu dibuktikan utk kasih syg ini. Aku yakin dengan kasih syg dirimu dan begitu juga dirimu. Cuma apa yg bakal terjadi dikemudian hari siapa kita utk menentu ukur. Kita cuma mampu mengharap sesuatu yg indah terjadi dlm hidup kita. Harapannya masih ada ruang rindu utk kita bertemu.

Sayang,

Kau tercipta utkku dipenghujung hari2ku. Tiada siapa penah merancang. Bnyk kata yg tak mampu ku ungkapkan kpd dirimu. Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku, disetiap langkah yg menyakiniku, kau tercipta utkku sepanjang hidupku. Selagi masih ada sinaran mentari, selagi ada getar dijiwaku….aku masih setia menantimu. Betapa indahnya cinta kita.

Advertisements

~ by meyra79 on April 1, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: