Cahaya Hati…

Di beberapa malam yg indah, hati ini terasa dekat denganNYA. Terasa hati ini  penuh dengan bunga2 cinta. Tidak sanggup lagi mempertikaikan kenapa,mengapa,di mana silap di atas sesuatu yg sebenarnya kasih sayang dariNYA. Tapi hakikat hati tidak pernah sedar kerana hati hanya menilai yg tersurat tidak yg tersirat.

Kenapa sanggup merasakan DIA menzalimi hambanya sedangkan dia mewujudkan rasa sayang, cinta, kasih dalam jiwa setiap hambanya. Wajar ke kita sebagai hamba merasakan DIA zalim? Sebuah pemberian yg tidak secara langsung sebenarnya lebih bermakna dari huluran indah yg tampak dimata.

Ada yg diuji dengan kesedihan, keaiban, kemiskinan, kesusahan, kematian, kehilangan, kesunyian, perpisahan. Bukan kerana hambaNYA tidak baik, bukan kerana kebencian, dan bukan juga sebagai hukuman. Sebenarnya adalah tanda DIA sayang, tanda DIA kasih, tanda DIA tak pernah marah, dan tanda DIA tidak berdendam pada hambaNYA. DIA sebenarnya memberi ruang utk hambaNYA menyambut huluran cinta dariNYA. Tapi sayang terlalu sukar utk memahami erti kasih sayangNYA. Kadang tu merasakan DIA tidak adil, sampai hati kita kan? Hati terlalu mudah menerima cinta sesama manusia tetapi kita menolak utk bercinta dengan yg maha pencipta. Kenapa?

Kita rasa takut dengan nasib kita bila kita tua, kita risau bila saving kita tidak mampu menampung kehidupan selepas bersara, kita runsing klau2 kita dihantar ke rumah org2 tua suatu masa nanti, kita takut hidup merempat tiada yg sayang….tapi kita tak pernah risau tentang hidup kite selepas mati, kita tak pernah runsing klau2 kite ke syurga ataupun neraka…..kenapa?

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang, andai bisa perbaiki segala yg terjadi, tapi waktu tak berhenti tapi detik tak kembali…..harap ampunkan hambaMU ini.

Note : Ini entry yg paling ‘touching’ lahir jauh dari sudut hati aku. Selama ni aku berfikir2 utk tidak menzahirkan di blog dan biarla hanya berlegar2 di ruang fikiranku yg sempit ini. Untuk penghijrahan ini…aku akan mengabadikan hanya 2 entry sahaja yg aku tulis semalam dan hari ini. Cukup, kerana aku rasa aku tidak layak utk menulis lebih dari itu. Kekuatan itu muncul tiba2 dan kebetulan entry ‘Aku Seorg Yg Lemah’ & ‘Cahaya Hati’ adalah entry yg ke-99 & 100 di blog kesayangan aku ni.

Untuk Muhammad Haziq Danial B. Yusindranaszul ,

Masa mama tulis entry ni Haziq darjah 1 kecik lagi, mama tunjukkan jalan yg betul, mama suluh bila Haziq gelap, mama teman bila Haziq kurang yakin, mama marah bila Haziq jadi bukan Haziq……tapi bukan selamanya. Suatu masa nanti klau Haziq buntu, hilang punca tolong dekatkan hati Haziq denganNya. Mama hanya mampu doakan Haziq dari jauh.

Advertisements

~ by meyra79 on April 25, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: