Berpisahlah Nyawa Dari Jasad

Hari ini aku melangkah longlai ke opis. Tiada lagi kegembiraan dihati. Tiada lagi harapan dan senyuman. Hati kini tidak lagi berbunga riang, hati kini kusam dan hampir mati. Dimana kecerian itu pergi dimana bahagia itu menghilang.

Hari ini tiada cerita indah utk dikongsi segalanya hilang sekelip mata. Dugaan dalam hidupku memang selalu ada. Bahagia memang bukan untukku. Tiada niat utk memiliki utk menumpang pun aku tidak layak. Dari segunung tinggal sebukit dari sebukit tinggal setunggul dari setunggul kini sudah hilang tiada secebis pun untukku lagi.

Bagaimana utk aku melalui hari2 yg sepi tanpa gelak tawamu disisiku. Bagaimana utk aku tertawa sedang tiada yg mampu utk menceriakan aku. Bagaimana utk tersenyum bila senyuman itu terasa pahit buatku. Kenapa saat yg indah itu hanya sementara. Kenapa saat bahagia bukan utkku selamanya.

Hari ini, esok dan selamanya aku masih menanti disini. Mengharap sesuatu yg tak mungkin tiba. Kau kenangan terindah dalam hidupku. Mana mungkin utk aku lupakan segalanya. Rindu padamu saban hari kian bertambah. Aku cuma mampu berharap aku mampu utk mengharunginya. Pengorbanan yg kau tuntut dariku teramat besar…..bukan aku risau atau takut malah aku rela berkorban kerana aku kini sudah tiada rasa sudah tiada seri.

Maafkan aku mencoret rasa hatiku yg gundah ini. Maafkan aku menguris hatimu yg terlalu mulia bagiku. Cuma aku ingin kau tahu yg aku kini berdiri longlai menahan rasa rindu dihati. Aku kini sunyi kembali aku kini sendiri lagi. Tak mungkin kau dapat meluangkan lagi masa untukku dan cuma harapanku kau sentiasa bahagia. Jangan risau kerana aku biasa hidup begini….jgn rasa bersalah sebab ini bukan salahmu. Aku cuba berenang di lautan api sedangkan aku hanya manusia biasa. Mana mungkin aku boleh sampai ke seberang dengan selamat. Pasti jiwaku rentung dan tubuhku merah dipanas bara.

Untuk insan sebaik dirimu…terkilan rasanya aku tidak sempat berkasih sayang. Terkilan rasanya jiwamu tidak ku miliki..andainya kau milikku…kaulah raja dihatiku…dan akulah permaisurimu yg sedia mengabadikan diri sepanjang hayatku. Tapi semua itu hanya angan dan mimpiku disiang hari. Aku hanya hidup dicelah bayanganmu….yg kadang2 silau dek panahan mentari dan kedinginan dek ketirisan sang embun. Walaupun hanya bayang aku sgt berterima kasih.

Masih ingat dengan ‘PELANGI PETANG’?Segalanya seperti mimpi….hakikat yg terjadi adalah kau hanyalah pelangi petangku. Tapi aku sgt berharap bukan itu ceritanya.  Tolong jgn pergi wahai pelangi petangku……kerana kau tahu….andai kau tiada….aku hanya jasad yg tiada nyawa….

Advertisements

~ by meyra79 on April 30, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: