Ya Allah…Tak Mampu Rasanya

Blog,

Aku tiada kawan lagi utk mencurah rasa. Hanya kau satu2nya, walaupun kau tidak mampu berbuat ape2 sekurang2nya kau mampu menahan segala coretan rasaku ini.

Blog,

Malam ini aku rasa rindu yg teramat sgt padanya. Rindu yg teramat sgt….rasa tak mampu lagi utk menahan. Sedetik lebih lagu anuar zain ni memang buat airmataku mengalir.

Blog,

Bagaimana mampu utk aku melupakan seseorg yg tidak pernah buat salah padaku. Bagaimana utk menukar rasa cinta pd seseorg kepada seorg teman biasa yg hanya berhubung di alam maya. Beritahu padaku blog…beritahu aku…

Blog,

Setiap nafasku, setiap degupan jantung aku selalu memikirkan dia. Selalu sgt. Semakin aku cuba melupuskan dia dari ingatanku semakin kuat rasa rinduku ini. Wajahnya, senyum tawanya, tangisannyer semuanya terbayang diruang mata. Saat indah dan bahagia bersama dengannya masih kukuh diingatan aku. Apa aku perlu buat utk menghilangkan rasa syg aku padanya. Aku buntu.

Blog,

Aku selalu fikir yg dia sedang berbahagia disamping org2 tersayang dalam hidupnya agar aku rasa lebih tenang tapi sebenarnya jauh disudut hati aku….aku rasa dia terlalu memerlukan aku dalam hidupnya, cuma sekarang perasan itu dia pendamkan jauh2 disudut hatinya demi sebuah rumahtangga. Demi kasih syg dia pada bunga2 syurga rumahtangganya. Aku berkorban perasaan hatiku kerananya dan dia berkorban perasaannya demi insan2 yg telah lama hadir dalam hidupnya. Kami berkorban rasa cinta kami demi org2 lain yg kami rasa penting dalam hidup ini. Bagaimana dengan perasaan kami sendiri? Kami cuba membahagiakan diri sendiri dengan apa yg ada dan berharap agar ada keajaiban berlaku agar jodoh kami ade dipenghujungnya nanti tanpa melukakan hati sesiapa pun.

Blog,

Aku tahu dia sygkan aku….cuma dia tiada mampu utk melunaskan rasa sygnya padaku dan aku juga tidak mampu utk berbuat apa2. Aku redha atau pasrah? Hati aku ini hanya tuhan je yg tahu. Aku tahu dia pasti tidak suka dengan luahan hatiku ini sebab dia berharap aku hidup dengan bahagia tanpa dirinya tapi mungkin dia boleh menipu dirinya sendiri tapi aku tidak mampu. Hakikatnya aku selalu ingatkan dia setiap waktu.

Blog,

Malam ini aku terbayang wajahnya dia saat kami keluar suatu masa dulu….bahagia sangat. Betapa gembira dia menjemput aku dan betapa bahagianya aku keluar bersamanya. Dia suapkan aku makan…..ya allah bagaimana utk aku melupakan segala2nya.Kuatkan hati aku dalam menempuh dugaan ini.

Blog,

Nak buat camne? Tolongla…

Advertisements

~ by meyra79 on May 15, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: