Free Health Screening

Salam,

Jumpa lagi blog. Walaupun kaki masih sakit aku sudah memulakan tugas seperti biasa. Kaki sedikit sakit bila memijak terutama semasa berjalan. Doktor sarankan aku kurangkan berjalan, satu perkara yg tak mungkin aku lakukan dengan komitmen kerja dan tangungjawab terhadap anakku Haziq.

Sempena dengan Hari Pekerja baru2 ini, Pantai mengambil peluang utk menghargai staffnya dengan memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada mana2 confirmed staff.  Pemeriksaan kesihatan tu sebenarnya hanyalah berharga RM150 merangkumi liver profile, lipid profile, glucose, urin FEME, Hepatitis Screening dan Full Blood Count.

Pagi tadi dengan berpuasa di sebelah mlmnya, aku dengan kawan baik aku pegi buatlah sume test tu. Benda free kan cepat je la. Pagi lebih kurang pukul 10 kena ambil darah dan urine. Tak sakit pun. Result keluar katanya dalam tengahari. Cepat gak derang ni buat keje. Bagus2.

Dalam kul 12.30 aku dapat call dari Health Screening Center cakap result aku dah ade. So aku pun gie la nk collect. Sekali aku tengok result mak ai tak faham. Dari view aku yg bukan seorg doktor ni macam ade benda yg tak kena je ngan result aku tu. So terus tanya ngan budak2 tu doktor free ke tak? Derang ckp doktor free. Terus ketuk pintu doktor and sesi consultation pun bermula.

Doktor cakap paras darah merah aku rendah maknanya rendah dari range yg normal. Doktor cakap aku kekurangan lebih kurang 1 beg darah. Pastu aku cakap ngan doktor…memang la kurang sebab aku baru pas derma darah tempuh hari. So doktor nasihatkan aku supaya tidak lagi menderma darah selepas ini disebabkan sistem badan aku terlalu slow utk mengganti darah yg aku dermakan menyebabkan aku hidup dalam keadaan kekurangan darah merah. Akibatnya aku mudah rasa mengah bila buat aktiviti lasak kerana kurang darah bermakna kurang oksigen yg dihantar ke sistem tubuh badan. Huhuhuuu…..aku tidak boleh menderma lagi…sedey nyer….

Satu gik, disebabkan paras darah merah yg rendah doktor suggest aku utk buat satu lg test utk talesemia. Perghhhh……biar betik doktor ni. Hilang akal ape aku ade talesemia. Aku angguk jela sebagai menghormati pendapat doktor tu. Dalam hati aku aku akan pegi bawa result aku tu utk second opinion. Aku terus call adik aku….cerita la pasal Hb aku rendah dan talesemia test tu. Adik aku kata tak mungkinla aku ade talesemia sebab masa mengandungkan Haziq takde pun doktor cakap Hb aku rendah dan mungkin ade talesemia. Sedangkan talesemia adalah penyakit sejak lahir. Betul gak adik aku cakap. So adik aku advice aku utk ambil zat besi utk tambah darah dan next week dia sendiri akan ambil darah aku utk repeat test Hb tu. So aku pun agreed.

Moral of the story, bila kite mendapat khabar yg kite sendiri was2 akan kesahihannya jangan cepat melatah tapi berfikirla secara rasional. Lebih2 lagi perkara yg berkaitan nyawa atau antara hidup dan mati. Tak kira dalam bidang apa2 pun….waima dalam bidang kesihatan kadang2….niat mencari untung tu tetap ada.

Adiosss….Bubai….salam sayang…

 

Advertisements

~ by meyra79 on May 22, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: