Nombor Itu…

Abg,

Maafkan myra diatas lancangnya jari jemari menaip mengikut rasa hati diblog. Jauh disudut hati sebenarnya ingin menimbulkan rasa benci agar lebih mudah utk melupakan abg. Tak sanggup rasanya memikir dan menahan rasa rindu di hati. Rindu dengan kasih sayang abg suatu masa dulu.

Maafkan myra kerana terlalu mengikut rasa dihati. Myra asyik memikirkan rasa marah dihati tanpa mengambil kira perasaan abg. Myra hanya mementingkan diri sendiri kan bang?

Abg,

Nombor itu kembali menghiasi screen handphone myra. Pertama melihat dengan hanya missed called membuat hati ini tertanya2. Apakah mata ini kabur….atau sebenarnya terlalu merinduimu abg hinggakan nombor org lain disangka nombor insan kesayanganku? Dalam hati amat berharap agar dapat bercakap denganmu abg.

Abg,

Memang benar abg yg call. Memang itu abg….suara itu terlalu myra rindukan. Nasib baik juga abg bukan berada didepan mata…susah utk digambarkan klau benar2 abg yg berdiri didepan myra. Rindu sgt2.

Yang sakit tak terasa sakit…boleh membuatkan myra tersenyum dengan hanya satu panggilan telefon yg pada myra sangat2 ikhlas darimu abg. Walaupun tidak apa dapat dijanjikan disepanjang perjalanan hidup myra…namun myra bahagia yg myra masih berada dihati abg.

Abg,

Satu pesan myra….jgn tinggalkan myra terlalu lama…..myra juga manja spt abg tapi myra berjanji myra akn bertolak ansur dari segala segi demi keharmonian hidup abg ,…walaupun hidup akan jadi terlalu sunyi tanpamu abg.

Abg,

Terima kasih di atas panggilan telefon tu. Myra dapat kembali diri myra yg sebenar. Myra akan jadi lebih kuat demi abg. Myra happy sgt2 sbb abg call myra. Sekurang2nya sedikit rindu itu terlerai sudah.

Advertisements

~ by meyra79 on May 29, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: