Mandi Manda@Pengkalan Balak

Salam pembuka bicara. Untuk sekian lamanya baru sempat nk upload sedikit buah tangan semasa bercuti baru2 ni. Tak banyak snap gambar sebab kamera tertinggal kat umah. Pic kat atas tu pic suasana petang kat pantai pengkalan balak. Cantik la jugak kalau dalam gambar kan?

Ni plak masa haziq mandi manda. Ni 1st day kiteorg sampai. Haziq dah tak sempat2 nak mandi. Ngan baju2 bola dia taram. Apa yg mengecewakan aku adalah aku tgk pasir dia tak putih…adess…kecewa nya hatiku ini. Bagi Haziq ok jer asal ada air nak mandi. Asal ada ombak. Haziq bertanya satu soalan yg menarik semasa kami dipantai…Mama…ombak ni bila nak berhenti, dia tak penat ke? Mama pun blurr je nak menjawab…mama nyer cuma ckp…klau Haziq belajar mcm ombak nie x berhenti2 mesti pandai. Haziq bleh plak jawab…isk mama ni…klau belajar mcm ombak ni bila masa nak tido, bila masa nak makan…ombak ni tak pe la…dia bukan manusia….Mama nyer gelak jer…..abis kalau dia bukan manusia agak2 dia reti penat ker? Haziq terkebil2 memikirkan jawapan mama. Semoga Haziq paham. Setiap soalan kekadang perlu dijawab dengan soalan agar otak kita boleh digunakan semaksima mungkin.

Pic ni plak….2nd day…Haziq bersiap2 nak gia mandi manda lagik. Haziq dari kecik memang suka mandi manda. Mama je x larat nak layan.

Kasut main tinggal je mana2…dah nampak air apa2 pun lupa. Pastu lupa kasut tinggal kat mana. Mak ngah la yg rajin nyer mengutip kasut anak buah dia yg satu nie.

Haziq ngah usha kat mana dia nk terjun. Tak sabar2…tengah panas pun nak mandi jugak. Cari la kat part mana pantai tu yg teduh utk mandi…usha je la….mama cakap tak nak caya.

Si Haziq kalau dah dapat main air…air tu penuh pasir ke…ape ke…dia layan je…geram sgt tgk buih2 ombak…tak pernah jemu2 datang dan pergi. Alangkah bagus berjumpa dengan seseorg yg boleh menyayangi aku seperti ombak yg tak pernah jemu2 dengan pantainya.

 

Tu sume pic view kat pantai pengkalan balak. Haziq seronok bangat dapat ke pantai. Macam sebelum ni tak penah pegi pantai je.

Haziq tak puas hati sebab kena stop mandi bila hari makin petang. Sedih dia nengok air laut tu seolah2 tidak mahu berpisah. Begitu juga perasaanku padanya. Sedih utk berpisah walau sesaat dan rindu saban waktu…huhuhu…

Ni plak adalah perapan BBQ di tepi pantai. Ade ayam, udang dan sotong. Punya la sedap BBQ kiteorg tuh…sampai kan Haziq dan pak ngah puji kesedapan nyer. Sebenarnya resepi tgk kat internet je, mama ngan mak ngah kebas madu tualang hutan pak ngah. Kiranya perap bersama madu. Mau nyer tak sedap. Menjilat jari tuh. Takde sape pun yg tahu….hehehee…diam2 tau. Minum feel fresh orange je.

Last pic yg agak menarik adalah pic mama ngan hero mama ni la. Masa nie baru nak gerak ke pengkalan balak. Mood tengah happy memasing. Senyum je. Tapi sepanjang perjalanan ke pengkalan balak tu mama pening kepala sket. Rasa mcm nak muntah. Kenapa entahla…mungkin cuaca panas sgt kot.

Apa2 pun…happy dapat bercuti ngan Haziq, mak ngah n pak ngah. Next year nyer plan nk ke pulau perhentian…scuba ngan Haziq. Mak ngah ngan pak ngah pasti akan ikut serta. Kite2 aje…huhuhuu…

Kepada yg tengah bercuti tuh….selamat bercuti…semoga kebahagian tu milik anda.

Advertisements

~ by meyra79 on June 5, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: