Anak Liat Membaca…

Salam,

Hari Jumaat lepas, sy dijemput guru sekolah Haziq utk hadir ke program permuafakatan ibubapa murid2 Linus & Protim. Murid2 Linus adalah murid2 bukan dialiran perdana. Maksudnya murid2 yg tak lancar membaca la.

Mula2 sy agak sedih dengan Haziq, tapi sy yakin dengan cara sy. Bagi sy belum masanya Haziq membuktikan segalanya. Sy sebenarnya banyak bertanya guru kelas Haziq tentang perkembangan Haziq, sy tahu dimana kelemahan anak sy. Malangnya sy tidak pernah berpuashati dengan segala jawapan cikgu terhadap persoalan sy. Contohnya:

Saya : Cikgu, apa sy patut buat dirumah utk ajar anak sy. Sy tahu dia slow dlm membaca tapi dah berbuih mulut sy suh baca dia tak nak jugak. Sy patut buat macamana yer?

Cikgu : Puan takde pilihan la…puan kena suruh gak dia. Macam anak sy pun sy paksa gak dia membaca kat umah. Kena garang la.

Saya : Kalau kite paksa pun cikgu…nanti dia nangis je lebih..membacanya tak jugak.

Cikgu : Kadang2 ajar sendiri susah…anak x nak dengar. Orang lain ajar anak nak dengar.

Saya : Maksud cikgu kena antar tuisyen ke?

Cikgu: Terpulangla…macam sy, sy garang ngan anak..paksa dia membaca.

Saya: ooo…(hakikatnya sy tak berapa setuju dengan jawapan cikgu tuh…ntahla tak tahu kenapa. Hati sy berkata itu bukan caranya).

Semasa majlis permuafakatan tu, sekolah menjemput seorg motivator yg juga seorg guru dari Terengganu. Sebagaimana yg kite tahu Terengganu adalah negeri terbaik keputusan UPSR nya selama 11 tahun. Macamana yer cikgu kat sana ajar muridnya? Orgnya dah berumur…banyak pengalaman. Suka dengar dia bagi motivasi bagaimana ibubapa dapat membantu anak2 yg liat membaca nie. Sy tertarik dengan kata2nya….kanak2 akan belajar bila mereka telah bersedia. Kenapa sy tertarik. Sebab sy juga berfikir sebegitu. Tapi ade benda sy tak berapa clear ngan statement tu. Nanti sy ceritakan.

Banyak ibubapa yg datang. Ade yg bawak buku nk tulis ape2 yg penting. Bagi sy….sy mmg tidak minat menulis sewaktu dengar ceramah. Sebab sy bukan nak ambil periksa. Sy cuma mahu mendengar dan membandingkan dengan ape yg sy telah buat samada betul atau salah. Itu aja. Bagi sy x perlu nak tulis2 pun. Sy mendengar hingga ke akhirnya. Saya menunggu hingga ke sessi soal jawab tapi malangnya tiada. Sedih hati sy.

Dalam hati saya berkata, dilain masa tak mungkin sy akan berjumpa dengan seorg guru atau penceramah yg berpengalaman seperti ini lagi. Susah atau tidak sy kena ambil peluang meleraikan apa yg terbuku dihati saya. Kebetulan pula bila habis sesi ceramah, si penceramah bersalam dengan bapa2 yg hadir. Selepas habis bersalam, sy terus ambil peluang keemasan ni.

Saya : Maaf cikgu, boleh sy ambil masa cikgu lebih kurang 3 minit?

Cikgu : Boleh puan. Kenapa ye?

Saya : Sy tertarik dengan statement cikgu mengatakan yg kanak2 akan mula belajar bila dia telah bersedia? Utk tunggu anak bersedia tentunya ambil masa, sedangkan silibus tahun 1 pun sudah amat sukar bg anak2. Bagaimana kalau anak2 telah bersedia utk belajar semasa dia di tahun 3. Tidakkah itu sudah terlambat?

Cikgu: Puan sebenarnya begini, dalam tempuh dia belum bersedia sebagai ibu kite kena cuba utk menarik minat anak2 atau membimbing anak2 supaya minat belajar. Dengan ini secara tidak langsung minat utk belajar itu akan timbul.

Saya: Macamana utk sy menimbulkan minat anak sy utk belajar. Ibu yg bagaimana sy patut jadi. Banyak org berkata yg sy kena garang ngan anak2..paksa anak2 utk belajar…itu betul ke? Saya tahu kalau sy jadi garang anak sy mesti akan pandai…tp sy nk dia belajar atas kerelaan bukan paksaan dari sy.

Cikgu: Puan tak perlu jadi garang. Bila puan memaksa anak akan memberontak. Bukan sekarang sebab anak2 masih kecil tapi kesan nya bila dia dah besar nanti. Apa yg puan perlu buat adalah PUJUK dan BERSABAR.

Dalam hati sy berkata ini jawapan yg sy tunggu2 selama ini. Kaedah yg belom pernah sy praktikkan pada Haziq. Saya akan cuba. Tapi mampukah sy bersabar?

Masuk malam nie dah 2 malam sy bersama Haziq membaca. Dugaan utk sy amat hebat.. Untuk anak sehebat Haziq sy kena menjadi seorg ibu yg maha hebat. Untuk hari pertama sy cuba memujuk Haziq membaca. Sejam sy pegangkan buku dia dan suruh dia membaca tapi dia masih tidak mahu membaca. Tekak sampai kering bercakap “bacala haziq…sian mama pegang buku ni dah lama…bacala haziq” haziq tidak hiraukan sy pun. Sy mula hilang sabar. Tapi sy masih ingat kata2 penceramah supaya sy bersabar dan tidak marah2 pada anak. Haziq masih tengok tv. Saya dudukkan haziq atas riba sy…sy pegangkan bukunya. Haziq baca sikit je..pastu dia dah cakap penat. Saya kecewa sgt. Saya buntu…tak tahu utk buat ape lagi. Airmata sy mengalir….sy tidak tahu mengapa sy menagis. Bila haziq tgk sy menangis. Haziq ckp jgn nangis mama…haziq akan baca. Haziq baca sampai abis. Gembiranya hati ini.

Malam nie….sy buat2 lupa utk mengajar membaca. Tiba2 haziq berkata…kita tak membaca ke mlm nie mama. Gembiranya hati sy sekali lagi. Ok..jom kita baca. Tiba2 haziq letak syarat yg dia akan membaca perkataan2 sahaja bukan ayat2. Sekali lagi aku diuji dengan kerenah haziq. Mana boleh camtu. Sy pun buat syarat jugak. Kalau dia x nak baca sekurang2nya 3 page buku cerita sy x akan benarkan dia bermain ngan anak2 jiran. Haziq setuju dgn syarat yg dia akan membaca paling tidak 3 pages stp hari.

Esok sy akan monitor lagi. Sy kenal anak sy. Saban hari dia pasti ada sesuatu utk menduga kesabaran sy…sebagaimana sy menduga arwah mak sy dulu. Tapi setiap kali sy menduga pasti sy kena cubit. Tapi dengan haziq caranya bukan begitu. Sy tidak boleh cubit dia sebagaimana arwah mak buat dulu. Zaman dah berubah. Sy masih ingat dulu arwah mak pernah berkata…esok2 awak didik anak2 dengan cara awk sendiri mungkin cara mak dah tak boleh lagi. Betul cakap arwah mak dulu. Cabaran sy lebih hebat sebab kini sy berseorangan mendidik anak. Dulu kalau sy degil utk belajar…mak akan forward je kat abah….sure dah ketar. Takpela….sy yakin sy boleh buat sebab dalam hati sy….sy amat yakin Haziq anak sy seorg anak yg hebat, sebagaimana sy yakin sy akan mendapat anak lelaki semasa awal2 sy mengandungkan dia dulu.

Apa2 pun sy berdoa agar segala yg terbaik itu milik anak sy. Doa sy sentiasa mengiringi dia walau dimana dia berada. Tiada sedikit pun dosa dia dengan sy mamanya dulu kini dan selamanya.

Advertisements

~ by meyra79 on June 17, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: