Bersabarlah…

Salam,

Bukan semua dan kadang tu tiada langsung ape yg kita inginkan dalam hidup terjadi seperti kehendak kita. Itu semua org tahu. Tetapi sebagai manusia yg penuh dengan kehendak dan emosi mampukah kita melawan rasa ketidakpuasan dihati?

Hakikatnya setiap masalah perlu dihadapi dan diselesaikan. Caranya mudah…bina keredhaan. Bilamana kite telah berada dalam zon yg selesa allah uji kita dengan sesuatu masalah supaya kita tidak mudah lupa. Supaya senyum, ketawa, tangisan akan menjadi seimbang dalam hidup. Mungkin telah lama kite berasa selesa hinggakan sedikit susah dalam hidup pun kita sudah tidak sanggup? Itu kah kita sebenarnya?

Scenario I :

Seorg clinic assistant, berkahwin dengan seorg doktor, duda beranak 2. Seorg lelaki yg baik dan penyayang terhadap anak2nya. Masyarakat berkata bahagia perempuan tu dapat kawen doktor…duda pun duda lah, asalkan minta itu ini  semuanya dapat. Persoalannya bahagiakah perempuan itu bila tiap kali hujung minggu dia terpaksa menjaga anak2 tirinya sedangkan itulah saje masa yg dia ada bersama suami yg 24jam sibuk?

Scenario II:

Suami seorg pengurus bank, baik, anak2 dah besar dan semua telah berjaya ke menara gading. Ke seluruh pelusuk alam dah pegi, duit tiada masalah…anak2 menjadi…keluarga bahagia…..tapi bahagiakah dia bilamana setiap tahun operation itu dan ini. Dan yg terakhir didiagnosis cancer ovari?

Scenario III:

Seronok nampak dia dijemput suaminya setiap kali pulang dari keje. Baik betul suaminya. Orang kata itu suami keduanya. Tapi masih belum nampak kelibat anak2nya mana yer? Orang ckp dengan suami kedua ni tiada anak, anak2 dengan suami pertama ada kat kg. Persoalannya….kita nampak dia tersenyum saban hari tapi bahagiakah dihati bila seorg ibu terpaksa berpisah dengan anaknya?

Scenario IV:

Kita nampak pasangan suami isteri bahagia berpegangan tangan dipasaraya sambil seronok membeli belah itu dan ini. Bahagia kan? Tapi bahagiakah dia dirumah sebagaimana dia dipasaraya sekarang? Masa dipasaraya terlalu singkat dan masa dirumah yg panjang.

Hakikatnya dimana bahagia? Bahagia tu ada didalam hati kita. Kita boleh berpura2 utk bahagia didepan org lain tapi kita tidak mampu utk menipu hati kita. Kita boleh membiarkan masyarakat memandang kita keluarga yg bahagia tapi hati kita sebenarnya merana.  Sampai disuatu tahap dalam kehidupan kita akan tahu sendiri…owh itu sebenarnya salah satu cabang bahagia utk hidup yg hanya sementara ini. Masa itu mungkin selepas 10 atau 20 tahun kita telah merasa penderitaan.

Untuk org yg sedang berpura2 bahagia…sudah2lah menipu diri sendiri, utk org yg sedang mencari bahagia, teruskan berusaha, dan utk org yg telah berbahagia ingatlah bahagia itu bukan satu hak kita yg hakiki.

Advertisements

~ by meyra79 on June 20, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: