Minta Maaf Sangat2…

Abg,

Myra minta maaf sgt2. Myra tidak mampu menjarakkan diri dari hidup abg. Myra syg dengan abg. Kadang2 myra rasa bersalah dengan keluarga abg terutama anak2 abg. Sebab tu masa kita jumpa tadi myra rasa sgt2 tak puas hati dengan layanan wife abg pada abg. Myra nak dia layan abg selayaknya dan sebaik2nya. Myra harap dia tahu macamana utk menjaga maruah abg, berkasih syg dengan abg, memanjakan abg, melayan abg sebagai seorg raja didalam hidupnya. Dan kerana itu myra emosi dengan abg tadi. Myra minta maaf abg.

Abg,

Myra pernah menjadi seorg isteri. Myra dah rasa layanan dingin seorg seorg suami. Tapi ternyata abg bukan seorg suami yg seperti itu. Abg terlalu baik. Myra kesal kenapa seorg isteri yg dah ada seorg suami yg baik didepan mata tidak tahu menilai tuah sendiri. Sedangkan myra masih tercari2 seorg lelaki sebaik abg.

Abg,

Kalaulah wife abg tahu bagaimana bekas suami myra melayan myra dulu pastinya dia tahu menilai kebaikkan abg. Dia tidak pernah sapu sampah apetah lagi mop lantai seperti abg, dia tidak pernah buat susu anak walau ape pun terjadi sehinggakan anak dah tak mahu ayahnya yg bancuh susu, basuh baju, jemur baju, iron baju jauh sekali. Kenapa wife abg masih tidak tahu menilai kebaikkan yg abg buat? Myra yg rasa kesal kerana itu.

Abg,

Abg tahu tak…rasa ingin je bersemuka dengan wife abg dan ajar dia bagaimana utk buat abg rasa bahagia. Myra mengaku myra bukanlah perfect sgt tapi myra masih tahu utk berbuat baik pada yg baik dengan kite.

Abg

Abg tahu tak….kasih syg tak semestinya bersatu. Tapi tahap kasih syg yg paling tertinggi bila mana kite cuba memastikan yg pasangan kite akan merasa bahagia walaupun bahagia itu bukan dengan kite. Myra tahu sampai mati pun abg bukan milik myra tapi utk melihat abg bahgia walaupun dari jauh sudah memadai buat myra. Itupun kalau masih ada umur.

Abg,

Satu nasihat myra, jadilah seorg suami yg tegas dalam membimbing seorg isteri. Konsepnya perempuan itu dijadikan dari tulung rusuk lelaki yg bengkok. Asal kejadiannya pun dari tulang rusuk yg bengkok, klau dibiarkan akan terus bengkok lah ia tp klau diluruskan dengan kekerasan akan patahlah ia. Myra bukan bijak tp jauh sekali rasa riak atau takbur cuma jadilah seorg pemimpin rumahtangga bukan seorg yg dipimpin sebab abg seorg lelaki.

Abg,

Maafkan myra klau jari jemari ini pantas menaip tanpa memikirkan hati2 yg terguris. Myra suke tgk abg gelak, happy dan bahagia.

Sekadar renungan:

Disuatu petang dikedai mamak. Ada 2 perempuan serius berbincang.

Puan x : Kenapa awk ajak sy ke sini. Hal ape nk bincang. Sy kenal ke awk?

Myra : Macam ni puan, sy kenal dengan suami puan. Kami kenal dah lama cuma kami bukanlah selalu berjumpa. Mungkin dia takut dengan puan.

Puan x : Owhhh…awkla scandal suami sy yer. Ape masalah awk dengan sy?Awk nk suami sy ker?

Myra : Sy cuma nk bgtahu yg suami puan tu baik orgnya. Sy berharap sgt agar puan dapat melayannya dengan baik. Kalau sy ditempat puan sy akan melayannya seperti seorg raja. Dan terus terang sy teramat syg padanya tapi sy bukan datang utk merampas dia dari hidup puan dan anak2 puan. Sy cuma mahukan yg terbaik utk puan sekeluarga. Sy juga bukanlah baik sgt…puan lebih baik dengan latar belakang seorg anak ustaz tapi sy sgt2 hairan bilamana yg pada hemat sy seorg anak ustaz tu berperwatakan yg lemah lembut tapi puan sebaliknya. Pada fikiran sy puan sepatutnya penuh kasih syg. Maaf puan, ape pun alasan puan, sy rasa puan salah dalam hal ini.

Puan x : Lebih baik jangan masuk campur dalam hal keluarga sy dan jauhi suami sy.

Myra : Tolong layan suami puan elok2 sebelum sy betul2 ambil dia dari hidup puan. Bukan niat sy buat keluarga puan kucar kacir tapi sy cuma mahu puan lebih menghargai suami puan.

Puan x terus berlalu pergi meninggalkan myra yg tak tahu malu tuh.

Sekian.

Utk abg yg myra syg…myra tahu kite mmg saling menyayangi dan myra faham abg cuma mahu myra bersikap rasional dalam perkara ini. Jangan mencuba sesuatu yg dah sah2 tiada jalan keluar. Bagi myra hidup ini tak pernah lama dan myra akan terus berharap dan berharap. Myra sygkan abg.

Advertisements

~ by meyra79 on July 13, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: