Jalan2 Di Kuala Terengganu

Sebelum kami bergelar org KL semula, kami sempat menghabiskan duit di bandar Kuala Terengganu. Sebenarnya ini kali ke-2 aku ke Kuala Terengganu. Fisrt time dulu bersama keluarga bekas suami bercuti ke Terengganu. Teringat la jugak tapi yg lepas tu biarkan berlalu. Sentiasa yakin bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmah tersembunyi.

Semasa di Kuala Terengganu ada sempat snap beberapa gambar menarik. Si Megat la yg rajin snap gambar kat KT ni. First aku nak cerita adalah makanan yg menarik kat KT ni. Saksikan pic yg diambil si Megat Zhariff nie….

Ni makanan peberet cik meyra NASI DAGANG terbaekk dari Terengganu. Tuhan je yg tahu betapa sedapnya nasi dagang nie. RM2 satu. Tapi biasanya makan satu memang tak cukup la. Sekali sekala jumpa yg sedap layan je la tekak.

Pic ni plak adalah makanan2 yg dijual Pasar Payang. Tengok je la macam2 ada….cuma mak ngan ayah je yg takde….huhuhuuuu…

Ni plak all the kuih2 yg ade, masa tu kiteorg jalan2 awal pagi di Pasar Payang. Kuih2 ni org beli time breakfast je. Ade sket2 je yg aku kenal…antaranya yg ada dalam pic tu adalah kuih akok, kuih bakar dan lain2 tu kuih biasa2 yg kat KL pun ade. Cuma kat sini manis sket la. Kat KL tu org kedekut gula. Nak untung banyak.

Ni plak santapan dinner kiteorg masa last day di Terengganu. Si Megat yg pilih tempat tuh….MEDAN IKAN BAKAR KUALA IBAI. Banyak gak org layan ikan bakar kat situ. Kira happening gak la. Lokasinya adalah dibawah jambatan di Kuala Ibai. Megat yg belanja selepas kena sound ngan akak2 sebab asyik makan org belanje je…Anyways Megat thanks sebab belanja akak2 ‘vintage’ nie.

Last sekali adalalah pic tempat2 yg sempat di snap oleh Megat. Antaranya Pasar Payang, Masjid Terapung dan Masjid Sultan Abidin.

Ni batu bersurat di tengah2 round about di Bandar KT. Yang warna hitam tu la batu nyer.

Ni yang paling istimewa utk anak kesayangan mama…turtle from Terengganu.¬† Mama namakan dia turtle mata stim…wakakakakaa…Haziq tak paham kan? Kadang2 tak paham tu lebih baik….Turtle sekecil itu berharga 45 hengget. Cute sangat ngan bulu2 yg menggetarkan jiwa dan sanubari.

Advertisements

~ by meyra79 on July 14, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: