Seorg Ibu Dijalanan

Salam…

Sempena kedatangan Ramadhan tahun ini…sedikit kisah utk dijadikan renungan kita bersama. Bukan cerita di zaman rasulallah dan bukan juga kisah dongeng sang kancil dan buaya.

Kisah ini terjadi sewaktu aku pulang dari keje tadi. Hari ini balik lewat dalam pukul 6.15 baru siap keje. Terpaksalah sebab segalanya mahu segera. Kena bekorban la sedikit. Aku berjalan cepat sebab langit semakin gelap dan rintik2 hujan telah turun merenjis ke bumi. Indah juga berjalan petang dalam gerimis. Langkah semakin laju…kesian haziq di rumah jiran. Pasti dia sudah balik.  Biasala jalan short cut aku belakang balai polis. Di tepi longkang sepanjang perjalanan balik tu adalah kebun sayur2an dan tebu diusahakan oleh uncle cina selorong dengan aku. Setiap kali pulang kerja pasti uncle tu akan tertunduk2 mencangkul rumput rampai di kebunnye. Aku biasanya akan menegur sepatah je…..uncle….dan uncle tu pasti akan jawab baru balik kerja?…yer uncle….aku jawab….tadi sebab nak hujan so ayat sapaan tu bertukar jadi….uncle balik ari sudah mau ujan…..uncle tu pun jawab….yaa laaa…

Aku pun teruskan berjalan dalam gerimis tu…dlm berjalan tu didepan aku kelihatan seorg perempuan tua tgh berjalan. Dan disinilah kisah itu bermula….

Dari jauh aku kenal nenek tu….dalam hati aku berkata…..panjang umo nenek nie dapat lagi merasa ramadhan tahun ini. Biasanya aku nampak nenek nie berjalan dengan dengan telekung sembahyang ke surau walaupun masa tu pukul 12 tghari ataupun baru pukul 6 ptg. Lama2 org ckp nenek tu nyanyuk….so aku pahamla kenapa dia ke surau ngan telekung masa2 camtu.

Petang ni aku nampak dia x pakai telekung sembahyang dia tu tapi berkain batik ngan baju kurung kedah sambil menjunjung sesuatu dalam bungkusan. Kejap junjung kejap jinjit ngan tangan. Dalam hati aku berat kot.

Aku sapa nenek tu….nenek bawak ape tu? nenek tu tunjuk kat aku….gendong kain tu dah longgar….so terbuka….aku tgk ade kain baju. Aku tolong ikat semula gendong kain nenek tu, kang terburai lak tgh jln…pastu nenek tu siap suh tolong bawak gendong kain dia tu…..sabo la aku. So aku tolong la bawa….aku tanya nenek nk ke mana? Dia ckp dia nak g umah anak dia….umah anak kat mana? dia ckp kat bukit tinggi….aku terkebil2….aku tanya gik….bukit tinggi tu kat mana….nenek tu ckp pekan baru….adesss…ke berat nie….umah aku dah sampai nie. Nenek tu tarik2 suh bawak gendong kain dia tu. Aku rasa nenek ni sesat nie….aku panggil jiran aku….tanya umah nenek tu yg mana satu. Kak Mah sebelah umah aku ckp umah anak dia kat barisan depan tuh. Adess umah mana satu aku pun x tahu. Aku suh nenek tu duduk kat tempat lepak depan umah aku tuh. Nenek tu x nak…dia ckp dia kena cepat…ari dah ptg dah nak ujan. Aduhai…..aku cakap….aku dah bgtau anak dia…jap lagik anak dia dtg jemput. Fuhhhh….sib baik nenek tu dengar cerita dongeng aku…..huhuhuu…..terpaksa.

Kak Mah nampak anak pompuan nenek tu….ape gik terjerit2 la kak Mah memanggil. Lega aku anak nyer dah jumpa mak nyer. Nenek tu ada bgtau aku….dia ckp dia takut ngan laki anak pompuan dia a.k.a menantu la tu. Nenek tu ckp dia selalu pukul. Sebab tu dia nk gie umah anak dia kat bukit tinggi tu tp anak pompuan dia x bagi. Dia siap ckp kat aku jgn bgtau kat anak pompuan nyer nanti anak dia malu. Terharu aku dlm pada nyanyuk2 tu masih sempat menjaga air muka si anak.

Bila anak dia sampai….org dah berkerumun…si anak berkata ari ni mak nyer asyik meragam je….pantang pintu terbuka terus keluar….tghari ni je dah 2 kali mak dia kuar umah. Hilang. Lihat bagaimana seorg ibu menutup aib si anak tetapi si anak menggunakan kelemahan si ibu utk mempertahankan air mukanya dimata umum.

Hakikatnya masyarakat memahami dan tak perlu pun penjelasan si anak. Masyarakat tahu memang begitu bila menjaga seorg ibu tua yg sudah nyanyuk. Tak perlu pun membuka keaiban si ibu. Si ibu begitu si ibu begini….

Bila seorg ibu menjaga anak2nya, kasih syg tu ikhlas lahir dari hati tiada sebab tersembunyi. Tapi bila giliran si anak menjaga si ibu….si ibu ibarat beban dlm hidupnya. Bila kita sudah tiada ibu baru terasa indahnya kasih seorg ibu. Kalau aku diberi peluang utk meminta pasti aku minta ibuku hidup semula.

Wahai anak2 hargailah ibumu selagi masih ada didepan mata. Bila dia dah dipanggil yg maha berkuasa….hilanglah erti kasih sayang sejati dalam hidup.

Akhir sekali, Al Fatihah buat arwah ibu Jeliha Bt Haji Adam. Akak lebih redha mak pergi dari saban hari melihat penderitaanmu . Akak percaya itu yg terbaik walaupun deritanya kami adik beradik berpisah denganmu wahai ibu. Kasihmu ibu tidak sama walaupun datang 10 ibu yg lain. Mak jgn lupa tunggu kami di pintu syurga. Amin.

Advertisements

~ by meyra79 on July 19, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: