Menu Berbuka 1st Ramadhan@210712

Salam Ramadhan,

Selamat berpuasa. Entry ni ditulis pada pukul 6.48 petang. Menunggu masa utk berbuka dengan Haziq. Haziq tak puasa biasala…nenek manjakan mlm tadi tak bagi kejutkan Haziq sahur, katanya jgn dikacau budak tido. Aku memang tak setuju sebab itu bukan mendidik tapi memanja. Apapun aku layan je la sebab selama manalah derang kat umah aku kan. Betul pun derang balik Pahang nak berbuka di sana ari ni katanya. Tak kisah je aku….datang aku ok tak datang pun takpe.

Semalam gie terawih ngan Haziq, mama n papa di Masjid Al Azim. Terkabul jugak niat aku nk terawih kat masjid besar Pandan Indah tu. Aku yg cadangkan utk berterawih kat masjid tu….sib baik derang setuju…hehehe. Suke sangat walaupun itulah sekali terawih di masjid tu utk tahun ini selebihnya di surau dekat umah nie atau kat umah je tengok mana kelapangan. Anyways thanks utk mama ngan papa.

Ok…menu utk 1st puasa ni permintaan org yg tak puasa iaitu si Haziq. Katanya nak makan nasi color2 ari ni. So mama nyer pun masakla….

Menu berbuka utk hari ini adalah nasi hujan panas, kurma ayam, sayur campur, telur masin, papadom. Air nyer adalah kopi o suam2 kuku….hehehee….

Kuihnya plak kiteorg sambar kat pasar ramadhan je…biasala pasar ramadhan dekat padang dekat je ngan umah. Haziq mesti akan pilih tepung pelita RM2 n mama nyer plak pilih pulut panggang RM2. Cukupla utk hari ini…esok2 ada lagi…jgn tamak kan?

Okla dah kul 7 nie…nak siap2kan meja utk berbuka nie…selamat berbuka yer utk cik abg kat setiawangsa…seronokkan org berkeluarga berbuka ramai2. Kalau abg rasa happy, bahagia, myra pun tumpang bahagia, tumpang happy. Gelak selalu yer….

Okla…bye2….Assalamualaikum….

 

Advertisements

~ by meyra79 on July 21, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: