RM150

Salam,

Ayah Haziq Danial beri RM150 untuk persiapan hari raya anaknya. Aku terkejut sgt. Sampai begitu sekali berkira2nya. Tak fikir ke dengan RM150 hanya dapat sepasang baju melayu, samping, songkok dan kasut. Bagaimana dengan seluar jean dan tshirt hari raya kedua dan ketiga?

Dia takut aku gunakan duit dia utk kepentingan diriku sendiri. Walhal aku submit setiap resit belian barang kepunyaan Haziq Danial. Masih lagi tidak percaya, masih lagi bersyak wasangka denganku. Mungkin dia rasa kegembiraan yg aku nikmati hari ini bersama Haziq membuatkan dia rasa tercabar yg aku mampu berdiri dengan sendiri tanpa bantuan darinya. Dia rasa aku selama ini hidup dengan duitnya. Dia lupa yg aku juga bekerja.

Aku bincang dengannya yg RM150 terlalu sedikit utk Haziq Danial.

Dia lantas menjawab……awk sepatutnya bersyukur org lain bercerai tak dapat duit sebagaimana dia beri sekarang…

Aku selalu terfikir banyak sgt ke RM150 utk Haziq Danial dan kenapa dia membandingkan perkara2 yg nyata salah dengan apa yg dia lakukan utk anaknya. Jahil sgt dirinya pada pandangan aku.

Dia juga berkata padaku……awk tambahlah pakai duit awak, abis gaji awk buat ape? Aku terkedu….bukan kerana aku tiada jawapan tapi layakkah dia hanya bekas suami mempertikaikan ke mana hala gaji bulananku?

Sampai skrg aku masih terkedu….awalnya aku marah dengan ayah Haziq tapi lama kelamaan aku tersenyum sendiri….lalu rasa kesian dihati atas kebodohannya…Kesian kan….Allah tak bukakan pintu hatinya supaya terang dan dapat membuat penilaian sebagaimana org lain. Hatinya gelap lantas takut dengan bayang2 sendiri berfikir org lain jugak busuk hati sepertinya. Kesian…..

Advertisements

~ by meyra79 on August 1, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: