Training Bomba…

Salam,

Hari ni tamat bomba training selama 2 hari. Penat tu bagi aku biasala. Lagi pun perkara sebegitu tak menjadi masalah sgt bg aku. Cuma masa operasi utk memadamkan kebakaran tu terasa sedikit penat sebab terpaksa membawa hose reel berlari. Berat sgt, ketar2 jari jemari. Tangan dan bahu lenguh.  Tapi sekarang dan ok. Dah boleh menaip pun….heheheee…

Selepas padamkan kebakaran tu hose tu terpaksa digulung pulak. Alamak aii sekali lagik aku mengeluh. Masa menggulung tu rasanya tenaga memang dah takde. Last2 bila dah gulung nak angkat hose tu pun aku memang dah tak mampu, abg bomba yg tolong. Itu baru 1 hose aku handle. Mengikut abg bomba tu, biasanya dalam sesuatu operasi tu melibatkan dlm 10 hose dan akan dihandle oleh 2 anggota shj. Perghhh…memang tak dapat aku bayangkan peluh yg menitik keluar. Penat tuh…

Pastu belaja Akta 341, Akta Perkhidmatan Bomba yg diwartakan pada 12.12.1988, dikuatkuasakan pada 01.01.1989. Akta ni mempunyai 63 seksyen dan 9 bahagian.  Sikit2 dah la…aku bukan nyer ingat sgt.

Pastu kena masuk terowong. Mata kena ikat. Adela penah buat benda ni dulu masa join pengakap sekolah2 dulu. Okla…xde teruk sangat. Ingatkan air longkang. Tapi air paip je. Basah la baju kasut dan sebagainya. Saje je abg bomba tu simbah2 air, mentang2 la kiteorg ni mata x nampak. Ape pun seronok la rasanya. Release tension sket. Tak fikir pun soal keje.

Sebenarnya malam nie bad mood. Kecik hati ngan haziq, kadang2 terasa haziq ni depan mata baik tapi belakang kite, dia buat benda yg kite tak suke. Aku kecik hati bila dia tak jujur. Pentingkan kawan2 dari mama dia yg hanya ada 1 kat dunia nie. Sebagai seorg ibu yg hanya seorg membesarkan anak, aku mengaku aku mudah kecik hati. Bukan sedikit aku bekorban utk dia. Cukup bila dia hanya menengking bila aku suruh dia buat sesuatu yg dia x suke. Fikiran serabut. Haziq bagi duit belanja sekolah pada kawan dia, sebabnya mudah…kawan dia mintak duit. Senangnya haziq fikir….apakah dalam hidup dia segalanya mudah dia dapat hinggakan duit pun tiada makna dalam hidup dia? Haziq mama buntu memikirkannya. Mama akan ke sekolah jumpa cikgu dan jumpa kawan yg selalu minta duit tu….kita akan face to face…

Advertisements

~ by meyra79 on September 12, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: