Lelaki Budiman…

Salam,

Hari ini 17hb Sept 2012@2030, macam biasa aku ke padang bersama haziq utk jogging. Seorg teman chat dengan nick lelaki budiman nak sgt jumpa aku walaupun dah seribu kali aku menolak. Seorg teman chat yg agak lama cuma aku je melayan acuh tak acuh. Bukan ape bagi aku chat hanya utk mengisi masa yg terluang sambil berborak kosong.

Beria sgt dia utk jumpa dengan aku so aku pun bgtau yg aku akan jogging pada mlm nie dan dia berjanji utk ke padang aku berjogging tuh. Terpulang la, aku tak paksa dia datang dan aku pun bukan xcited sgt utk jumpa dia. Bagi aku itu rutin biasaku stp mlm ke taman utk jogging dan selepas tu ke Taufik Maju layan wifi dan balik ke rumah.

Dah habis aku berjogging, kelibat lelaki budiman tak jugak muncul2 tapi tak apalah…aku tak kisah. Masa melayan wifi di Taufik Maju hp berbunyi…call dari lelaki budiman. Dia ckp dia sesat, aku pun bg direction macamana utk ke padang sebelah bomba tuh. Selepas tu aku masih bz ngan wifi bersama anak terunaku. Pas abis layan roti canai sekeping aku pun ingat nk balik je. Lantakla lelaki budiman tuh. On the way pulang, blom sampai rumah lgik lelaki budiman call cakap dia dah sampai padang yg aku maksudkan. So aku singgah la sekejap di padang permainan kanak2 dimana lelaki budiman sedang menunggu.

Aku tak mencari siapa lelaki budiman, aku hanya melayan haziq bermain buaian. Tetiba ade sms…”AWK KT BUAIAN TU KE?” aku diam membalas pun tidak sms tu…biarkan. Masih sibuk bermain buai ngan haziq, sms kedua aku terima….”AWK UJI SY YE?”. Huhuhuuu…bila masa la aku menguji sesiapa. Aku biarkan.

Dalam haziq bermain gelongsor…seorg lelaki datang menghampiri aku. Aku dah bleh agak itu dia, blom sempat dia bersuara…aku cakap…SY IGT AWK X BERANI…dia ckp awak kenal sy ke? Selamba aku menjawab..instinct aje. Dia senyum.

So aku pun layan bersembang. Aku tak tahu ape motif dia berjumpa aku. Mungkin berkongsi masalah kot. Menyewa bersama adik beradik di Sg Buluh, seorg abg dan seorg adik perempuan. Bekerja sbg despatch baru 4 hari. Sebelum ni menganggur lebih kurang 5 bulan. Perghhh….terkejut beruk aku. Macamana dok di kl tak keje…hebat org nyer. Tapi yer la..ada adik beradik boleh tolong menolong kan?

Seterusnya…dia bercerita lagi….Jumaat yg lepas tuan rumah tempat dia menyewa kunci rumah derang. Dia dan adik beradik dah tak boleh masuk rumah. Katanya tak bayar sewa. Aku tanya bape sewa sebulan…RM300 katanya…xdela bnyk sgt. Aku tanya dah bape lama tak bayar sewa dia ckp dah 10 bulan berturut2 tak bayar sewa. Perghh….sekali lagi aku terkejut beruk. Masih ade tuan umah sebaik itu. So sekarang derang dah xde rumah, adik perempuan dah dihantar balik ke kg, abg dia dah tido kt workshop tempat keje, dan dia merayau tak tentu hala. Terasa dasyat nyer kehidupan ini.

Jam dah hampir ke pukul 1030 mlm. Aku cakap aku kena balik sebab dah sampai masa utk haziq tido, dia ckp okla. Aku tanya mlm ni dia tido kat mana? Dia hanya ckp ntah2..hanya merayau2 sampai ke pagi katanya. Esok tak keje ke? Dia ckp mungkin tak sebab semua baju2 dia terkunci dalam umah. Kesian lak aku dengar. Aku cakap aku tak dapat nk tolong dia, aku pompuan dan tinggal berdua ngan anak je…nanti org cakap ape plak kan klau dia nk tumpang tido. Tak manis rasanya walau dengan ape alasan sekalipun. Dia faham maksud aku.

Sebelum balik aku bagi dia rm10, buat beli makanan…kesian plak rasanya…betul atau tidak ceritanya aku hanya bersedekah. Andai itu ujian dalam hidup dia, sesungguhnya aku sedar ujian utk aku dan haziq tidakla sehebat mana. Walaupun kami tiada tempat bermanja tetapi sekurang2nya kami tidak hidup merempat. Walaupun kami tidak hidup mewah sekurang2nya kami boleh beli apa yg kami teringin.

Untuk lelaki budiman, terima kasih sebab kau menyedarkan aku betapa bertuahnya aku dalam hidup ini. Ujian hidupmu lebih hebat, mungkin kalau aku di tempatmu, aku sudah mengemis di sogo….huhuuu.

Aku bersyukur Ya Allah…..

 

Advertisements

~ by meyra79 on September 17, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: