Benarkah Rasa Ini…

Kite tak pernah tahu bila cinta tu wujud dalam diri kita. Pada aku cinta tu akan terasa bila kita rasa bahagia, bila kita rasa gembira dengan seseorg dan kita rasa dia boleh memenuhi ruang2 dalam hati kita. Tapi dalam hidup nie bukan semua rasa cinta tu akan jadi milik kita.

Kita selalu berjumpa dengan org yg salah dalam hidup kita. Kadang kita dah nampak bahagia hidup utk kita tapi kita tidak mampu untuk melakukan apa2 pun. Kita rasa kita boleh berlari mengejar cinta walhal merangkak pun belum tentu tanpa keizinannya.

Dia bukan untuk kita, itu yg kita nampak sekarang tapi esok lusa kita tak tahu apa yg mungkin terjadi. Kita tak nampak jalan penyelesaian tapi hakikatnya jalan penyelesaian itu ada. Kita tak kuat utk hadapi pasti akan ada seseorg yg akan datang membantu. Yang penting yakinlah.

Kita rasa cinta itu perlu dilafaz, agar si dia bahagia,cinta itu perlu ditunjukkan agar si dia memahami, cinta itu perlu diwar2kan agar seantero dunia tahu dia milikku. Tapi hakikatnya begitukah cinta?

Bagi yg mula mengenal rasa cinta mungkin itu jln dalam mentakrif cinta yg paling indah. Itu yg membuat pasangan 2 sejoli berada diawang2an. Indahnya dunia hanya kita yang ada. Begitu bukan? Kalau boleh biarlah hanya dia didepan mata tak tertahan rasa rindu walau sekejap.

Bagi aku pentakrifan cinta itu mudah…..kerana dia aku sanggup bersusah, kerana dia aku sanggup terseksa, kerana dia aku rela mengalah, kerana dia aku boleh berkorban. Bahagiaku miliknya,deritanya sanggup ku kongsi. Maafku untuknya sentiasa ada, peluangku baginya tak pernah ku kira.

Salam sayang utk cik abg di setiawangsa. Setiap hari api cinta kita makin menyala . Kita mampu melawan tapi hakikatnya ia marak membakar di dalam….betul kan bang? Hanya kita yg tahu. Biar masa yg menentukan….

Advertisements

~ by meyra79 on September 18, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: