Happy Birthday to me…

Salam,

Hari ni hari yg special buat aku.Tapi takde makna nyer bila org2 yg aku harap utk wish buat tak tahu. Mungkin terlupa agaknya.

Abang,

Hari ni birthday myra. Myra happy, tp alangkah baik klau abg ada dengan myra seperti dulu. Birthday myra ni jugak myra nk minta maaf ngan abg atas salah silah myra yg dulu..

Abang,

Kalau diberi peluang nak sgt jumpa abg. Myra dah cuba utk buat tak tahu atas apa yg terjadi tapi hakikatnya myra selalu ingatkan abg. Tapi myra faham salah tu datang dari myra dan myra kena redha ngan apa yg jadi ni.

Abang,

Walaupun pahit dan pedih myra tiada pilihan. Myra tetap sukakan abg. Kalau keadaan jadi begini selamanya pun biarlah….myra akan hidup dengan kenangan2 manis2 dari abg, walau pun tiada lagi gelak ketawa myra akan hidup dengan gelak ketawa abg yg lampau.

Dan mungkin juga tiada lagi airmata yg tumpah, tapi sedihnya masih ada utk setiap air mata yg pernah gugur dulu.

Abang,

Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya, kita hanya mampu bersangka baik. Tak mampu untuk menyalahkan takdir kenapa kita dipertemukan dulu….kenapa kita pernah suka satu sama lain suatu masa dulu, kenapa kite terlalu berani suatu masa dulu. Adakah kite lemah atau terlalu mengikut kata hati. Sebenarnya TIDAK……kita buat semua tu sebab antara hati kita telah tercuit…sebab dalam hati kita sebenarnya ada ruang utk satu sama lain dan mungkin kita boleh melengkapi satu sama lain.

Tapi yerlakan….semudah perasaan itu timbul kita akan dengan mudahnya juga akan mematikan perasaan tu andainya timbul masalah yg menduga rasa itu. Mungkin kita rasa,perasaan kasih syg antara kita tidak terlalu penting sepenting kasih syg kita pada org yg mengharapkan disekeliling kita. Maka salah seorg dari kita berusaha utk membuang jauh2 rasa kasih itu dan yg seorg lain merasa sakit atas perbuatan tu.

Abang,

Untuk birthday kali ini…antara yg myra harapkan adalah abg kembali ke sisi myra. Myra tak perlu apa2 selain abg dan gelak ketawa abg seperti dulu. Berdosa sgtkah kasih syg yg wujud antara kita ni?

Advertisements

~ by meyra79 on October 1, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: